5/29/09

BERPINDAHNYA PUSAT SUMBER SMKR

Pada hari ini tanggal 29 Mei 2008, maka bermulalah operasi memindahkan perpustakaan serta semua unit-unitnya ke bangunan baru di ARAS 3. Perpindahan ini adalah merupakan satu yang trajik sebenarnya bagi saya. Namun pihak sekolah melihat bahawa status PSS sekarang yang mencapai 4 bintang boleh dikorbankan bagi memberi peluang kepada pembentukan satu pusat pengajaran dan pembelajaran untuk pelajar Tingkatan 6. PSS SMKR sebenarnya bermula daripada tiada bintang sebelum 1998. Proses memantapkan pengurusan PSS dibuat sedikit demi sedikit.

Sebagai penyelaras PSS, saya merakamkan jutaan terima kasih kepada Pengetua terdahulu kerana telah banyak memberi sokongan kepada pembangunan PSS SMKR. Tidak lupa juga kepada Persatuan Ibubapa dan Guru SMKR. Kegagalan PSS keluar dari kepompong 4 bintang sejak beberapa tahun kebelakangan bukan berpunca dari pengurusan PSS tetapi PENGLIBATAN unit lain dalam melaksanakan aktiviti. Contoh jelas ielah pelaksanaan NILAM Pahang.

Namun demikian kegagalan meraih 5 bintang mungkin juga kerana PSS tidak dapat diperkembangkan dari segi pembangunan fizikalnya. Maka dengan fikiran positif saya melihat perpindahan ini sebagai PENGHIJRAHAN kerana hijrah akan membawa perubahan dari yang kurang baik kepada yang lebih bagus. Kita tunggu dan lihat operasi perpindahan seterusnya. Harapan saya semoga perpindahan lancar. Kerja-kerja menyediakan infrastruktur baru di tingkat 3 juga dapat dilaksanakan seperti perancangan.

Hasil tinjauan saya dapati sebilangan guru kurang setuju dengan perpindahan ini dengan alasan tertentu. Saya juga tidak setuju tetapi saya suka cabaran baru untuk mewujudkan PSS di Aras 3. Saya membayangkan sesuatu yang lebih menarik bnoleh saya buat.....

5 comments:

Faris said...

Salam Shime,
Perubahan dan hijrah memang mendapat penentangan. Apa yang penting anggaplah perubahan dan hijrah adalah satu cabaran yang kana membawa ke arah kebaikan. Mereka yang berada di zon selesa sahaja biasanya yang menentang sesuatu perubahan dan hijrah. Keluarlah dari kepompong tersebut kerana setiap sesuatu yang baru dilakukan akan menguatkan lagi azam dan semangat kita.
Pengalaman saya sebagai hakim Anugerah PSS Cemerlang ni, penglibatan dan penggunaan berasaskan bukti bertulis adalah penting kerana ia melibatkan pemarkahan yang tinggi. Seperkara yang membezakan antara pemenang pertama/kedua/ketiga ialah inovasi dan kreativiti yang unik yang tidak dilakukan oleh sekolah lain.
Semoga berjaya.

mantan said...

Shimmee,
Anggaplah itu sebagai suatu PELUANG mencapai lima bintang.

Naa..a said...
This comment has been removed by a blog administrator.
kembara kelana said...

shimie
kau memang suka dicabar...buktikan kejantanan kau shimie..aku caya kau boleh..

HASHIMME OMAR said...

Tq for all comments. Karya "The Art Of War" merupakan sebuah karya falsafah China yang cukup terkenal semasa kegemilangan Tamadun China khusus dalam mengatur strategi peperangan menentang musuh. Sekarang masyarakat China / Cina menggunakan falsafah tersebut da dalam bidang lain khususnya perniagaan. Kita lihat betapa berjayanya mereka. Dalam mengurus dana kerajaan saya rasa konsep NILAI TAMBAH perlu difahami oleh semua pihak khususnya yang mentadbir sesuatu organisasi. Perpindahan PSS ke tingkat 3 tiada nilai tambah dan kos tidak efektif. Puluhan ribu ringgit terpaksa dilabur untuk pecah dinding dan membina dinding di bangunan pss sekarang. Rugi ni... Apa yang lebih malang tiadanya peruntukan untuk menyediakan prasarana ditingkat 3. Hai ini macam tak dapatlah teman nak membantu ... Idea ada banyak tapi kena 'freez' dulu.