8/30/09

TUNTUTAN KE ARAH KEMERDEKAAN


Tanggal 31 Ogos 1957, negara kita telah menyambut satu peristiwa penting dalam sejarah negara iaitu Sambutan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dari cengkaman penjajahan British. Kita semua selaku anak merdeka rasa amat bersyukur lantaran perjuangan pemimpin terdahulu serta perjuangan orang Melayu serta kaum lain ke arah memerdekaan membolehkan kita hidup selesa sekarang. Keamanan dan ketenteraman yang kita warisi ini harapan kita tidak diganggugugat oleh pihak-pihak berkepentingan.


Dalam pada itu pemaparan tentang usaha ke arah kemerdekaan ini bagi pandangan saya tidak begitu tepat seperti yang digambarkan di dalam Buku Teks Sejarah Tingkatan 3. UMNO kita tidak nafikan besarnya sumbangan membawa negara ke arah kemerdekaan namun pengabaian terhadap kumpulan lain yang berjuang bermatian menentang British adalah satu penyimpangan dari fakta sejarah. PKM digambarkan sebagai parti yang cuba melumpuhkan ekonomi negara dan membentuk satu Republik Komunis di Tanah Melayu. Sebenarnya PKM ini bukan hanya dianggotai oleh orang Cina yang begitu benci kepada JEPUN tetapi ada sekumpulan orang Melayu yang mengganggotainya. Mereka ini terdiri daripada REJIMEN KE 10 PKM. Keahlian mereka terdiri daripada Parti-Parti Melayu Berhaluan Kiri seperti PETA, SEDAR, AWAS, dan BATAS. Mereka ini cukup besar sumbangannya kepada kemerdekaan Tanah Melayu. Namun sumbangan mereka ini langsung tidak disebut. Ini menyebabkan generasi baru tidak tahu fakta sebenar. Maka wujudlah generasi baru yang lupa pada jasa bangsa sendiri dalam memperjuangkan kemerdekaan Tanah Air. Maka tidak hairan jugalah sekarang ini wujud sekumpulan orang Melayu yang menentang pemerintahan orang Melayu dan sanggup bersekongkol dengan kumpulan yang terang-terang menentang hak-hak bumiputera yang kita perjuangkan.

8/26/09

SOALAN SPOT SEJARAH SPM 2009


Satu kajian dan analisa perlu aku laksanakan lepas ini iaitu membuat kajian kemungkinan sesuatu TEMA itu keluar atau tidak pada tahun ini. Perkara ini bagiku sangat penting dan aku tahu semua guru Sejarah lain pun begitu. Sebenarnya kesepakatan amat perlu terutama dari sekolah yang berdekatan. Namun begitu sempadan geografi sekarang ini dah tidak boleh dijadikan alasan lagi. Kemudahan Internet di hujung jari je. Tak tau le yang "blind to the technology".


Sejarah pada masa ini boleh dikategorikan sebagai "Subjek Killer". Apa tidaknya, pelajar perlu baca satu ruang lingkup yang luas meliputi Tingkatan 4 dan 5. Untuk tujuan peperiksaan tumpuan hanya perlu kepada beberapa TEMA yang saya akan utarakan lepas ini. Khas kepada semua pelajar SMK. Rompin dan umumnya semua pelajar calon SPM 2009. SELAMAT MENTELAAH. Semoga mendapat SHAFAAT, rahmat, hikmat dan nikmat darinya.

8/15/09

ONE MALAYSIA VS MALAYSIAN MALAYSIA

Dua gagasan atau slogan ini bertujuan untuk menarik perhatian rakyat menyokong yang mana mereka fikir lebih baik. Generasi baru yang gagal dalam subjek Sejarah eloklah baca buku sejarah sekejap dan buat renungan sejenak.
Satu Malaysia ini idea PM baru kita manakala BA menganggap ia adalah sama dengan konsep Malaysian Malaysia yang dah lama mereka perjuangkan. Perjuangan untuk menjayakan Malaysian Malaysia bermula dengan idea Lee Kuan Yew semasa PETIR terlibat dalam kempen pilihanraya semasa Singapura masih di dalam Malaysia. Saya yakin kalau semua orang Melayu tahu kandungannya tentu mereka "reject" idea ini awal-awal lagi. Sekarang ni ada ramai orang Melayu sudah menyokong Malaysian Malaysia yang diperjuang oleh DAP. Golongan ini sebenarnya tenggelam dalam emosi yang dimainkan oleh pemimpin politik.

8/1/09

GEMPAR DI PUBLIC BANK ENDAU

Tanggal 29 Julai (Rabu) selepas tamat persekolahan jam 2.30 aku terus memandu kereta menuju Public Bank Endau. Aku sering kesana kerana perkhidmatannya sangat efesyen, cepat sekali boleh berurusan. Serasa aku tak pernah aku menungu melebihi 5 minit. Tapi pada hari ini aku terlupa bahawa baju yang aku pakai adalah baju Pegawai Polis yang lengkap. Semasa nak melangkah masuk ke Bank PB baru aku perasan bahawa boleh kata semua mata dalam bank tertumpu kepada aku. Aku buat tak kisah je.. Setelah mengambil nombor kebetulannya terus nombor dipanggil. Akuterus ke kaunter dan menyerahkan borang urusan yang telah diisi lebih awal. "Eh Encik ni cikgu ke Pegawai Polis ? Tanya seorang kerani kewangan dengan nada yang ragu-ragu. Alamak macam mana dia tau aku ni cikgu ? dan kenapa mereka begitu teruja dengan Pengawai Polis ? Aku berfikir sejenak. Aku menunjukkan satu perkataan tertampal di bahagian bahu "Kedet Polis". Wa..U nampak betul-betul macam Pegawai Polis lah. Sambil memberitahu rakannya dalam bahagian kaunter. Ha.. apa lagi semua mata sekali tertumpu kepada aku. "Berapa U buat baju tu ye, saya pun nak lah" . RM500.00 dengan aksesori. " Siapa bayar ? Sendiri bayarlah aku menjawab selamba sambil memerhati semua Juruwang yang agak manis-manis juga. "U kena selalu datang supaya orang jahat takut."Rupanya mereka ni ramah juga sebenarnya. Semuanya melemparkan senyuman kepada aku. Tak tau le senyum kembing ke senyum kagum kepada PAKAIAN yang aku pakai. Lepas ini kalau pakai baju KEDET POLIS jangan singgah mana-mana tau. Aku memberitahu aku sendiri.