Alkisah maka tersebutlah kisah hijrah yang dilakukan oleh Pusat Sumber Sekolah SMK. Rompin pada awal tahun 2009 telah gagal membawa perubahan kearah yang lebih BAIK. Hal demikian berlaku kerana semua warga sekolah berpendapat lokasi di TINGKAT 3 memang tidak sesuai. Namun kita semua tahu bahawa niat HIJRAH pada peringkat awalnya memang BAIK. Namun pengisian kepada agenda menjayakan misi hijrah gagal dilaksanakan dengan berkesan oleh warga SMK.Rompin. Menurut sumber rasmi, hanya 4 orang guru sahaja yang pernah membawa pelajar untuk menjayakan PROGRAM NILAM di sana sedangkan jadualnya PENUH. Siapakah yang bersalah ? Salah buat keputusan ke? atau cikgu yang tidak mahu ikut JADUAL yang disediakan. Namun semua permasalahan itu akan terungkai pada tahun ini.
Kedatangan pengetua baru seolah memberi sinar kepada usaha Pusat Sumber menjadi pusat kepada segala aktiviti pembelajaran. Mengikut pendapat Tuan Haji Mohamed Saballah, beliau mahukan sebuah pusat sumber yang dikunjungi pelajar dan guru. Kalau cantik / sistematik tetapi tiada pengunjung nak buat apa... Begitulah antara perbualan saya dengannya. Saya bersyukur kerana kesilapan lalu ada yang sanggup perbetulkan. Semoga keputusan yang bakal dibuat PALING TEPAT. Yang pasti HIJRAH KE DUA ke tempat yang lebih STRATEGIK. HIDUP PSS SMK. ROMPIN. Pusat Sumber Sekolah Kita, Tanggungjawab Kita".
2 comments:
Shimmee,
Lama tak berblog.
PSS memang penting.
Tapi lokasinya mesti strategik.
Macam orang buka restoran seafood. Walaupun makanannya sedap, tapi kalau nak pergi kena tempuh ribut dan badai, siapalah yang nak pergi...
Semoga terus bermanfaat!
memang betul... kalau pancing kat tengah laut... mabuk.. saya pun tak nak pergi. Memang lama tak menulis rasa tak lengkap pula. Niat ada. Nampaknya lepas ni kena rajin sikit berblog ni.
Post a Comment