Program PKKP telah dijalankan apabila kawe menjejakkan kaki ke negeri Mat Kilau ini. Sepanjang melaksanakannya bermacam-macam hal yang dialami oleh semua warga pendidik khususnya di Pahang. Sebenarnya PKKP merupakan satu langkah bijak khususnya bagi merealisasikan slogan "if we fail to plan we plan to fail". Penetapan matlamat atau "goal" dalam pendidikan sangat penting. Maka dalam penyediaan Headcount (HC2) sibuklah guru-guru subjek berbincang dalam panatia mata pelajaran bagi menetapkan berapa jumlah pelajar yang boleh mencapai gred A, B, C dan D. Tiadanya abjad E (untuk pelajar gagal) dalam PKKP menjadi titik tolak bahawa program ini tidak berpijak di bumi nyata. Atau PKKP tersalah tempat dilaksanakan di sekolah harian biasa? Apa hinanya jika kita menerima kenyataan kehidupan bahawa tiada semua manusia dilahirkan untuk berjaya? Begitulah juga pelajar kita. Mereka mungkin berjaya dalam bidang lain. Janganlah kita bersedih dek kerana ada segelintir pelajar gagal. Kita puas berusaha tetapi kegagalan seolah-olah begitu dekat dengan mereka. Mereka inilah yang rajin menegur kita di luar sebaliknya yang cemerlang hanya cemerlang akedemik tetapi kurang rohnya.
Balik kepada tenaga pengajar di sekolah bahawa kita tahu mereka semua adalah profesional dalam bidang mereka. Mereka cukup memahami pelajar mereka. Baik yang cemerlang maupun yang masih merangkak membaca biarpun di bangku sekolah menengah. Kenapakah mereka ini dinafikan dalam menentukan kaedah atau merancang sendiri program untuk sekolah masing-masing. Tidakkah ini akan memberi mereka peluang merangka program sendiri sesuai dengan kebolehan dan persekitaran pelajar mereka ? Kenapa mesti implimentasikan program yang sangat sesuai untuk pelajar asrama penuh itu ? Cuba renungkan bahawa pelaksanaan PKKP di sekolah harian biasa menyebabkan PKKP boleh dianggap gagal. Hakikatnya jelas apabila keputusan peperiksaan sebenar dikeluarkan oleh LPM. PKKP cukup baik tetapi kenapa begitu jadinya ? Apa perlu kita pendidik lakukan ?
2 comments:
Apabila tanggungjawab mendidik diletakkan dibahu institusi pendidikan (sekolah)semata-mata maka begitulah jadinya kepada pelajar-pelajar kita.
Pihak pemerintah atau kerajaan, mesti...mesti memperkasa institusi keluarga yang kian terhakis kewibawaannya dalam mendidik anak-anak mereka sendiri.
Soalnya apakah yang patut pihak kerjaan lakukan secara berkesan dalam melahirkan ayah dan ibu yang berkualiti dan berilmu dalam mendidik anak-anak di serata ceruk kampung dan bandar.
Cikgu Hashimme,
Program PKKP memang amat dekat di hati saya kerana saya terlibat sama meniupkan semangat pelaksanaannya mula-mula dahulu.
Mengikut sejarahnya, suatu ketika program PKKP (Program Peningkatan dan Kemajuan Pendidikan) yang dilaksanakan di negeri Pahang, amat berfaedh kepada seluruh warga pendidikan Pahang.
Namun, akhirnya program tersebut menjadi semakin "cair". Hal yang demikian kerana "roh" dan "semangat" program PKKP kian hilang kerana pendukung-pendukung dan perencana program PKKP itu juga kian hilang kerana tidak lagi berkhidmat. Usaha-usaha tambahnilai sentiasa dibuat namun PKKP kian malap.
Pendudkung-pendukung terkemudian, tidak benar-benar memahami dan tidak berusaha memahami konsep program PKKP itu sebenarnya. Program PKKP seolah-olah semakin "tawar" dan kian hilang "kemanisannya".
Saya masih ingat, sewaktu hari-hari terakhir kemalapan PKKP, dalam satu mesyuarat di peringkat negeri, Pengerusi mesyuarat berkata "Saya ingin bertanya Tuan-Tuan dan Puan-puan sekalian, mahu atau tidak mahu meneruskan program PKKP?" Pertanyaan itu disuarakan dengan nada yang berbaur kecewa.
Program PKKP perlukan kefahaman yang mendalam untuk menjayakan pelaksanaannya. Tetapi guru di negeri Pahang yang kelur-masuk silih berganti menyebabkan peluang kefahamannya menjadi kian menipis sehingga program PKKP diberi banyak label yang bersifat negatif.
Jika demikian halnya, bagaimanakah program PKKP itu dapat dilaksanakan sama seperti waktu ia mula dilaksanakan! Jikapun ia masih diteruskan, itu hanyalah kerana masih "ada rasa sayang" dan terasa amat terkilan untuk "terus membuang PKKP" yang banyak berjasa suatu ketika dulu.
Negeri-negeri lain telah "adapt" dan "adopt" program PKKP ini dengan jayanya, sedangkan Pahang sendiri sudah kehilangannya.
Post a Comment