4/30/09

SKOP UJIAN PENGGAL 1 2009 SEJARAH SPM KERTAS 2

Assalamualaikum ....

Kepada semua pelajar SMKR amnya khasnya Tingkatan 5 Cekap, anda semua harus membuat persediaan sewajarnya. Berikut adalah cakupan bab yang dimaklumkan akan diuji dalam Ujian UPT 2 akan datang.

Tingkatan 5

Bab 1 hinggga Bab 5 :

Baca dan tumpukan kepada bab-bab yang belum lagi diuji pada UPT 1 lepas. Oleh kerana soalan ini diselaraskan di seluruh Pahang, maka ada kemungkinan soalan UPT 1 peringkat sekolah akan terpacul keluar sekali lagi.

Yang penting Bab 5 mesti dipelajari kerana sudah pasti soalannya akan keluar.

Tingkatan 4

Ha... ini ada sedikit keharuan kerana semua bab manjadi cakupannya. Namun demikian kecekapan kita nenelah bab-bab penting dari tingkatan 4 sangat penting.

Okk.. semua maklumat yang diberi adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan perlu diingatkan bahawa ini hanya sebagai panduan untuk ulangkaji.

Selamat belajar.... tip tip study sejarah kemudian akan menyusul..

2 comments:

Anonymous said...

Cikgu Shime, saya berpendapat sepatutnya kita lebihkan fokus kepada tema bukannya bab. Soalan SPm sebenar lebih berfokus kepada tema. cuba cikgu buat analisis soalan SPM yang lepas. kalau tak silap saya pada tahun 2006 soalan tema islam menggabungkan bab7 dan 8 tingkatan 4. sekadar pandangan sahaja. guru sejarah.

HASHIMME OMAR said...

Terima kasih kerana pandangan tuan. Sememangnya benar apa yang dicakapkan itu. Apa yang saya paparkan merupakan satu tindakan untuk pelajar secara tergesa-gesa. Kalau cikgu ada minat dalam menganalisa kebarangkalian soalan SPM tahun 2009 , kita boleh gabungkan idea kita ... tq