8/30/09

TUNTUTAN KE ARAH KEMERDEKAAN


Tanggal 31 Ogos 1957, negara kita telah menyambut satu peristiwa penting dalam sejarah negara iaitu Sambutan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dari cengkaman penjajahan British. Kita semua selaku anak merdeka rasa amat bersyukur lantaran perjuangan pemimpin terdahulu serta perjuangan orang Melayu serta kaum lain ke arah memerdekaan membolehkan kita hidup selesa sekarang. Keamanan dan ketenteraman yang kita warisi ini harapan kita tidak diganggugugat oleh pihak-pihak berkepentingan.


Dalam pada itu pemaparan tentang usaha ke arah kemerdekaan ini bagi pandangan saya tidak begitu tepat seperti yang digambarkan di dalam Buku Teks Sejarah Tingkatan 3. UMNO kita tidak nafikan besarnya sumbangan membawa negara ke arah kemerdekaan namun pengabaian terhadap kumpulan lain yang berjuang bermatian menentang British adalah satu penyimpangan dari fakta sejarah. PKM digambarkan sebagai parti yang cuba melumpuhkan ekonomi negara dan membentuk satu Republik Komunis di Tanah Melayu. Sebenarnya PKM ini bukan hanya dianggotai oleh orang Cina yang begitu benci kepada JEPUN tetapi ada sekumpulan orang Melayu yang mengganggotainya. Mereka ini terdiri daripada REJIMEN KE 10 PKM. Keahlian mereka terdiri daripada Parti-Parti Melayu Berhaluan Kiri seperti PETA, SEDAR, AWAS, dan BATAS. Mereka ini cukup besar sumbangannya kepada kemerdekaan Tanah Melayu. Namun sumbangan mereka ini langsung tidak disebut. Ini menyebabkan generasi baru tidak tahu fakta sebenar. Maka wujudlah generasi baru yang lupa pada jasa bangsa sendiri dalam memperjuangkan kemerdekaan Tanah Air. Maka tidak hairan jugalah sekarang ini wujud sekumpulan orang Melayu yang menentang pemerintahan orang Melayu dan sanggup bersekongkol dengan kumpulan yang terang-terang menentang hak-hak bumiputera yang kita perjuangkan.

1 comment:

Naa..a said...

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA !....