3/19/09

KAMI MEMIMPIN

Tajuk saya pada kali ini merupakan imbasan kembali ketika aku dan sekumpulan guru dari pelbagai ceruk tanah air menuntut di Universiti Sains Malaysia. Kenangan semasa belajar sangat menarik sehinggakan kalau boleh ingin aku ulangi kembali. Mungkin perasaan ini sama juga kepada pelajar lain.

Isu yang akan ku kemukakan bukan bertujuan memperkecilkan sesiapa yang mengambil jurusan tertentu jauh sekali kepada isteri tersayang yang sedang membuat program SARJANA . Bercakap mengenai pemimpin dan kepemimpinan maka kita semua tahu kaitannya amat rapat dengan pentadbiran. Semua yang mentadbir dianggap pemimpin. Baik di mana mereka, semua dilahirkan sebagai pemimpin.

Di USM, pada ketika itu tiada jurusan pentadbiran pendidikan secara khusus namun melihat kepada slogan USM "KAMI MEMIMPIN" semua pelajarnya dianggap sebagai pentadbir / pemimpin. Jadi di mana perlunya kita melanjutkan pelajaran dalam pentadbiran di peringkat yang lebih tinggi jika mereka yang tidak mempelajarinya juga boleh memimpin ? Bukti menunjukkan para guru yang telah selesaikan SARJANA dalam bidang pentadbiran hanya memimpin seperti mereka yang tidak mempunyai sarjana. Kenapa hal sedemikian berlaku ?

Berdasarkan pentaksiran 4 PINTU JAUHARI , manusia ada empat kategori iaitu Mereka yang tidak tahu mereka tidak tahu, Mereka yang tidak tahu mereka tahu, Mereka yang tahu mereka tidak tahu dan mereka yang tahu mereka tahu. Saya meletakkan bahawa guru yang mempunyai SARJANA dalam kalangan Mereka yang tahu bahawa mereka tahu manakala guru yang tiada sarjana tetapi baik kepimpinannya ialah mereka tidak tahu bahawa mereka tahu. Dalam hal ini kesan kepada organisasi adalah sama sahaja namun yang memiliki SARJANA semestinya mereka lebih BERKEYAKINAN, BERKETERAMPILAN DAN mungkin dikagumi.

3 comments:

mantan said...

Shimmee.
Jika perkataan 'pemimpin' itu ditafsir secara umum, maka setiap manusia yang berakal itu adalah pemimpin.

Tetapi apabila komponen makna 'pemimpin' itu diperluas dan dikhususkan, maka tidak semua manusia yang berakal itu mempunyai kemampuan sebenar untuk 'memimpin'.

Dalam sejarah peradaban dan kemajuan dunia, tidak sedikit manusia yang dipanggil pemimpin. Namun tidak semua dalam kalangan mereka itu boleh dianggap sebagai pemimpin yang sempurna. Sudah tentulah ada ciri-ciri tertentu dan khusus yang dinilai sehingga ada pula yang dikategorikan sebagai sebenar-benarnya pemimpin.

Sesiapa sahaja boleh jadi pemimpin, jika mahu, sekurang-kurangnya bagi memimpin diri sendiri.

HASHIMME OMAR said...

Saya setuju.. Dalam pada itu apa yang saya cuba utarakan ialah perbandingan dalam kalangan guru yang memimpin khususnya daripada GPK hingga ke Pengetua / GB. Adakah yang memiliki SARJANA lebih cemerlang dalam memimpin ? Kalau tidak saya rasa semacam satu pembaziran kos. Ini berbeza dengan mereka yang melanjutkan pelajaran dalam bidang yang mereka dapat membuat sesuatu hasil output yang jelas seperti ICT. Daripada mereka tidak tahu buat SOFTWARE utk P&P akhirnya mereka tahu...

Aku Pemerhati said...

Hashimme,
Pada saya, sama ada orang itu ada sarjana atau tidak atau apa sahaja ia tidak memberi apa-apa kelebihan dalam kepimpinan dan pengurusan pendidikan, cuma mereka lebih tahu fakta akademik sahaja.

Yang penting individu itu sendiri sama ada dia ada sarjana atau tidak, jika dia mahu menjadi pemimpin atau pengurus pendidikan yang baik, dia tetap boleh. Soal input knowledge.... zaman sekarang hanya dihujung jari.

Cumanya mungkin orang yang ada sarjana lebih berpeluang menjadi pengurus pendidikan yang baik kerana pengetahuan sistematiknya mungkin lebih tersusun dan ada !