Besok hari Selasa bersamaan 31 MAC 2009, satu operasi pencerapan besar-besaran akan di adakan di SMK. Rompin. Tindakan ini adalah ekoran daripada terdapatnya satu fax yang mahukan laporan pemantauan proses P&P Februari dan Mac dihantar ke PPD oleh penyelaras daerah pada kadar yang sangat segera.
Pencerapan berfokus mungkin dibuat bagi tujuan mengesan kelemahan dalam sesuatu bahagian. Seingat saya sejak 1998 berada di SMK. Rompin hanya sekali pencerapan dibuat terhadap saya oleh KB tetapi hasilnya tidak dilapor kepada saya. Bagi guru-guru lain mungkin banyak juga kerana ada jadual disediakan.
Pencerapan proses P&P sebenarnya sangat baik tetapi teknik pencerapan perlulah tidak meninggalkan tekanan (stress) kepada guru. Hal demikian dapat dikurangkan dengan kaedah pemantauan guru mestilah oleh guru yang lebih senior. Jangan yang junior cerap yang senior. Haru jadinya. Kita tahu bahawa P&P banyak teknik boleh diaplikasikan. Penggunaan ICT sangat digalakkan tapi tiada kesepakatan dalam hal ini. Yang buat power point tak nak pinjamkan kepada yang lain kerana katanya dia bersengkang mata buat, orang lain mana boleh begitu mudah nak ambil. Ha.... ini satu situasi. Berlawanan dengannya ada guru yang langsung tidak sudi menggunakan ICT. Biasanya guru-guru yang dalam era lama. Katanya kaedah tradisional pun pelajar ramai cemerlang.
Saya merasakan satu usaha bersepadu perlu dibuat dan persepakatan di dalam panatia perlu dibuat dalam menyediakan BBM. Dengan peruntukan sedikit peruntukan nescaya guru rajin buat BBM. Bukan nak duit tapi itulah pengiktirafan yang perlu kepada anak buah... TQ
3 comments:
salam chekgu dr me dikejauhannnns..
Shimmee,
2.pencerapan tu memang ada kaedah-kaedahnya
1.semua guru, tak kira lama atau baru, tua atau muda mesti tau ICT
Tapi kalau ada perkongsian pintar antara sekolah dalam hal penyediaan bahan P&P ni lagi merancakkan penggunaan ICT. Rasanya PGK elok mainkan peranan ini kerana PKG sangat berkaitan rapat dengannya. Namun setakat ini belum ada lagi tindakan ke arah itu. Kalau ada memang saya sokong
Post a Comment