10/15/09

BAGAIMANA MEMBENTUK BUDAYA KECEMERLANGAN DI SEKOLAH



Terlebih dahulu tahniah kepada semua pentadbir, guru-guru serta staf sokongan sekolah masing2 kerana berjaya meletakkan tahap sekolah masing-masing di tahap sekarang.  Tentunya ada yang boleh dibanggakan biarpun ada aspek yang terabai.  Dalam ruang ringkas ini mungkin kita boleh berkongsi tentang apa yang berlaku di sekolah yang mungkin membantutkan usaha kearah kecemerlangan.  Kita tidak mahu bincangkan hal / program atas kertas yang membawa kecemerlangan tetapi hakikat yang berlaku di sekolah.

1.  Hubungan baik pentadbir dengan semua kakitangan.  Semua sifat serta ciri kepimpinan perlu ada dalam menguruskan hubungan dengan kakitangan lain.  Pastikan mereka selesa dengan hubungan itu.

2.  Sifat semulajadi manusia suka kepada pujian.  Ha...  apa salahnya jika ada pentadbir yang memuji anak buah tentang apa yang dilaksanakannya.  Dasar pintu terbuka perlu diamalkan senentiasa.

3.  Bersikap ambil tahu.  Sebagai pentadbir semua unit / bahagian / aspek yang berkaitan perlu diambil tahu.  Ianya tidak cukup sekadar menunggu laporan semata-mata.  Sikap ini akan memberi rasa ingin buat yang terbaik dalam kalangan anak buah.

4.  Membawa perubahan ke arah yang lebih baik.  Setiap keputusan yang dibuat mestilah menguntungkan.  Ini kerana ia melibatkan kos yang telah dikeluarkan maupun yang bakal dikeluarkan.  Konsep menambahbaik perlu diamalkan bukannya menggantikan apa yang telah siap.

5.  Dasar yang jelas dalam setiap aspek.  Jika kita ambil contoh dalam bidang ICT.  Pernahkah dasar dalam bidang ICT ini dimaktubkan dalam apa-apa mesyuarat di sekolah ?  Hasilnya peralatan yang dibekalkan kerajaan berabuk di dalam setor.  ( Tidak termasuk Laptop)  Pada pendapat saya seandainya dasar telah ditetapkan ada kemungkinan ia akan lebih terurus.

Semua permasalahan ini baru diperingkat kulit dan belum dikupas.  Ia juga hanya melibatkan aspek hubungan guru dengan pentadbir sahaja.  Kawan-kawan kita yang buat sarjana tu harap-harap buatlah kajian kes serta cara mentadbir yang komprehensif tetapi bukan teori semata.  Mudah-mudahan dapat kita laksanakan dan jadikan panduan. Kita ada macam2 jenis sekolah.  Pilihlah sekolah harian biasa sebab sekolah ini memang ada kes yang perlu dikaji.

3 comments:

Puterizz said...

Tahniah Cikgu Hashimme, pendapat yang cukup bernas, apa yang menarik perhatian puteri ialah mengenai hubungan pentadbir dan guru, di kebanyakkan sekolah itulah isu yang menjadikan guru-guru rasa kecewa dan tidak bermotivasi untuk meneruskan kerjayanya sedangkan mereka mempunyai tempoh yang masih panjang untuk berkhidmat. Jika keadaan ini berterusan mana mungkin sekolah jadi cemerlang.

HASHIMME OMAR said...

Tq kerana memberi komen. Kalau sekarang ini ramai guru telah memiliki Sarjana dalam pendidikan, kenapa mereka tidak membuat kajian dan wujudkan modul khas untuk sekolah dan penduan kepada Guru Besar dan Pengetua yang menjawat jawatan kerana SAMPAI MASA. Ikut je... selesai masalah

Puterizz said...
This comment has been removed by the author.