3/10/09

BAGAIMANA JAWATANKUASA INDUK PUSAT SUMBER BERPERANAN


Jawatankuasa Induk PSS adalah merupakan satu jawatankuasa penting dalam merancang program yang bakal dilaksanakan oleh PSS. Setakat ini untuk sekolah SMKR, semacam ada yang tidak kena. JK induk yang terdiri daripada KB dan KP semacam tidak berperanan dalam JK tersebut. Aktiviti PSS kelihatannya begitu terasing dan hanya diuruskan oleh beberapa orang guru yang secara kebetulannya berada dalam AJK Kerja PSS.


Esok 10 MAC 2009, Mesyuarat JK Induk Pertama, sebagai GPM yang dilantik khas diluar norm dan mengajar (6 hingga 8 masa ikut pekeliling terkini KPM / BTP) aku perlu buat sesuatu... Budaya lama mesti dikuburkan. Segala program PSS sebenarnya telah ku rancang dengan teliti. Tahun ini apa yang ku rancang mesti dijelaskan kepada semua AJK INDUK PSS dan mereka seharusnya akur dengan program yang dirancang. Kenapa pula ? Yea... kerana membuat perancangan untuk PSS sebenarnya tugas JK Induk. Jadi apabila diterima AJK Kerja PSS akan melaksanakan. Penglibatan semua guru dalam menjalankan aktiviti PSS ku lihat kunci kepada kejayaan PSS yang cemerlang.


Sehingga 2008, PSS SMKR hanya berjaya mendapat 4 bintang sahaja. Kenapa tidak 5 ? Pasti ada yang tidak betul. Pastinya pelaksanaan PROGRAM NILAM.... INI BERAT... Kawan-kawan ada idea atau sekadar tidak ambil peduli di sekolah masing-masing ?

4 comments:

mantan said...

Shimmee,
Apapun, PSS ialah "sumber" ilmu.
Ada tak statistik yang menunjukkan berapa ramai guru yang masuk PSS untuk mencari maklumat dalam masa setahun?

HASHIMME OMAR said...

Pastinya ada. Yang pasti dalam kalangan guru peratusnya dalam 10 %, Pelajar ramai masuk tapi cukup sekadar membaca beberapa baris ayat. Yang penting mereka MEMBACA.

Puteri Azizul said...

Betul tu peranan penyelaras pss penting dalam menggerakkan pss disamping sokongan ajk induk dan ajk kerja.

HASHIMME OMAR said...

Bagi saya semua perancangan program PSS yang dirangka perlu persetujuan Mesyuarat Induk. Masa mesy semua sokong. Namun demikian apabila aktiviti dilaksanakan maka akan terdengarlah bunyi yang kurang enak didengar. Misalnya , "aktiviti pss ni menyusahkan cikgu je...". Mungkin mereka tak faham fungsi PSS ? Tapi kita sedar semua cikgu ada tugas dan misi yang perlu dicapai. Pusat sumber adalah pusat maklumat pelajar. Semua guru perlu sedar... bukan hanya di kelas