Khutubkhanah. Ada kemungkinan besar ramai generasi kini tidak pernah mendengar perkataan ini. Namun begitu dalam kalangan guru rata-rata arif tentang istilah ini tetapi ramai yang tak arif tentang fungsinya.
Dewasa ini nama khutubkhanah telah mengalami tranformasi sesuai dengan perubahan zaman. Daripada perpustakaan kepada pusat sumber sekolah. Namun demikian kesedaran tentang peranannya dalam P&P sangat jauh dari kehendak KPM. Ada pusat sumber dijadikan tempat membawa pelajar ketika guru ganti mengambilalih P&P, tempat melonggokkan pelajar yang tidak mengambil subjek tertentu, dan tempat guru membawa pelajar ketika mereka merasa 'malas' nak mengajar.
Sebenarnya tindakan semua guru di atas tidak salah cuma yang salahnya 'niat' mereka. Guru-guru perlu menegaskan kepada pelajar bahawa kehadiran mereka ke PSS bukan sekadar menghabiskan masa sebaliknya akktiviti membaca yang mereka lakukan itu sangat bermanafaat. Pelajar pun tak tahu apa mereka buat tu sangat baik iaitu membaca. Jadi apa pun alasan guru membawa pelajar ke PSS, mereka perlu mempunyai niat (matlamat) yang murni iaitu membudayakan aktiviti membaca.

2 comments:
Lama juga kau tak update blog kau. Apa yang penting dalam topik yang diterakan ialah peranan guru PSS itu sendiri yang efektif, inovatif, proaktif dan melaksanakan empowerment yang diberikan berlandaskan kepada peraturan2 sedia ada. PSS yang aktif amat bergantung kepada guru penyelarasnya.
Shimmee,
Dulu saya pernah bagi tahu guru-guru supaya jangan menyalahgunakan PSS. Saya minta mereka manfaatkan PSS secara optimum sebagai tempat menambah ilmu.
Tetapi ada guru-guru yang mengambil peluang menggunakan PSS sebagai "tempat mengawal" pelajar. Sudah menjadi budaya apabila masuk ke PSS pelajar-pelajar "lebih senyap". Keadaan itu menjadi semacam kawalan disiplin pelajar-pelajar. Jadi jika ada guru-guru terasa malas mengawal pelajar, hantar sahaja ke PSS.
Post a Comment