PENGURUSAN BAHAN P&P SECARA BERPUSAT

>> 11/12/09

Apakah yang dimaksudkan dengan pengurusan bahan secara berpusat ?  Sudahkah semua sekolah melaksanakannya atau ia hanya retorik yang hanya sedap didengar ?  Di sini saya nak berkongsi sedikit pengalaman berkaitan dengan pengurusan bahan P&P di sekolah.  Pada hemat saya, pengurusan bahan P&P secara berpusat tidak begitu dilaksanakan di sekolah-sekolah baik sekolah rendah maupun sekolah Menengah.  Kepada yang melaksanakannya memang saya TABIK dan KAGUM.  Bahan yang saya maksudkan bukan hanya bahan buku dan bukan buku yang dibeli dari peruntukan PCG PSS tetapi juga PCG untuk semua panitia mata pelajaran.  Penggunaan peruntukan kewangan untuk panitia yang seharusnya untuk membeli bahan P&P perlu dipusatkan.  KP boleh buat pembelian namun apabila bahan sampai pihak GPM (PSS) perlu memproses bahan tersebut dengan memberikannya NO.PEROLEHAN.  Setelah direkodkan barulah bahan itu diserah kepada KP yang berkenaan untuk direkodkan pada stokm panitia masing.masing.   Kaedah pengurusan bahan berpusat akan membolehkan semua dana yang diperuntukkan dapat dimanafaatkan secara maksima, dikongsi bersama.  Agak malang kalau ada KP yang langsung tak tahu konsep pengurusan bahan ini.  Pemusatan maklumat berkaitan bahan yang dimiliki akan membolehkan proses automasi dilaksanakan dengan berkesan.  Maklumat tentang jenis bahan yang dimiliki juga mudag diperolehi.  Di SMK Rompin sendiri saya sebagai GPM menghadapi masalah berkaitan pembelian bahan oleh panitia.  Ianya tidak berlaku seperti yang dirancang.  Peranan pihak pentadbiaran sangat perlu dalam memantau bagaimana bahan yang dibeli ini diurus.  Bagi membentuk sebuah PSS yang cemerlang, pengurusan bahan P&P perlulah sistematik, terkawal dan berpusat.  Dengan ini semua warga pendidik dapat berkongsi manafaatnya.


      Pemusatan bahan P&P bukan tertakluk kepada bahan bercetak sahaja sebaliknya
semua HARDWARE dan SOFTWARE. 

Read more...

KENAIKAN PPPLD DARI DG41 KE DG 44


TERIMA KASIH CIKGU....


Assalamualaikum wm.wbt.  Setelah puas menunggu surat lantikan DG44 setelah ke 12 dalam DG41 minggu lepas aku mendapatnya.  Terima kasih kepada semua khususnya kepada kerani yang begitu gigih menjalankan tugas sehingga memungkinkan aku mendapat surat DG44.  Namun demikian ada sedikit kekeliruan dalam penentuan tarikh lantikan ke DG44.  Bagi PPPLD yang dilantik ke DG41 pada tahun 1998 hingga 2000 tarikh lantikannya pada tahun 2009.  Alhamdullillah aku mendapat lantikan pada 1.4.2008....Selamat.  Tetapi kenapa 10 tahun dalam PPPLD tidak dikira 3 tahun PPPLD= 1 tahun DG41? Atau perkara ini hanya diambil kira untuk DG44 ke DG48 ?  Guru guru baru yang masuk DG41 hanya memerlukan 7 + 3 untuk ke DG44.  Mereka ini dah jadi senior kepada sebahagian guru yang lebih lama berkhidmat.  Kalau ada para sahabat yang arif tentang perkara ini diharap dapat memberi fitback untuk tindakan selanjutnya.  Apa pun aku tetap bersyukur dengan apa yang dilimpahinya.

Read more...

PELANCARAN KEM MEMBACA 1 MALAYSIA PERINGKAT DAERAH ROMPIN

>> 11/2/09

Pada hari ini, 2 November 2009, bertempat di Dewan Semarak SMK. Rompin telah berlangsung Majlis Pelancaran Kem membaca 1 Malaysia. Majlis ini dirasmikan oleh Pn Hajjah Fatimah Bt Awang, Pegawai Pelajaran Daerah Rompin.
Tn Haji Alias, Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah yang mewakili PPD Rompin berharap program membaca sebegini dapat diteruskan bagi membentuk BUDAYA MEMBADA dalam kalangan pelajar. Majlis diserikan dengan persembahan DEKLAMASI SAJAK, PERSEMBAHAN KOIR serta PENTOMIN. Bersama di dalam majlis ini ialah wakil dari sekolah di daerah Rompin seperti MRSM Muadzam Shah, SMK. Chanis, SMK. Bantura, SMK Keratong, SMK Seri Rompin, SMK Pontian jaya, SMK Tanjung Gemuk,SK. Rompin, SK Pontian serta SMK. Muadzam Shah. Kedatangan para pelajar beserta guru mereka telah berjaya memeriahkan majlis tersebut.

Read more...

PANDUAN BELAJAR SEJARAH SPM 2009

>> 10/22/09


MEMBACA MESTI DISERTAKAN DENGAN MEMBUAT CATATAN
KAITKAN FAKTA DAN SUSUNGALURKKAN PERISTIWA SEJARAH....

ITULAH KUNCI KEPADA P&P  SEJARAH


SPM 2009 hampir menjelang.  Semua sekolah sarat dengan program mengisi ruang kosong dalam minda pelajar masing-masing.  Namun demikian terdapat sebilangan pelajar kategori POTENSI masih leka manakala kumpulan SEDERHANA masih mencari-cari rentak meletakkan diri pada landasan yang memungkin mereka berjaya.  Bagi subjek sejarah, saya nak ingatkan para pelajar bahawa ia merupakan subjek killer baru ketika ini.  Lantara itu satu kajian skop soalan yang bakal keluar telah saya laksanakan dengan melihat trend soalan dari tahun 2004.  Antara BAB yang perlu anda semua tekankan adalah seperti berikut :

TINGKATAN 4
BAB 1  :  Tamadun Hwang Ho / Tamadun Indus
BAB 3  :  Kerajaan Agraria :  Ciri - ciri dan kegiatan ekonomi
BAB 4  :  Riwayat Nabi :  Keperibadian dan kerasulan Baginda
                Sebab penerimaan dan penentangan orang Quraisy terhadap Islam.
                Cara penentangan orang arab Quraisy
                Cara Nabi menghadapi tentangan.
BAB 5  :  Konsep Hijrah :  Nilai-nilai murni / Kepentingan Hijrah
                Perjanjian Aqabah 1 & 2 serta kepentingan
                Perjanjian Hudaibiyah serta peristiwa ke arahnya
                Pembukaan semula Kota Makkah serta yang berkaitan dengannya.

BAB 6  :  Perlantikan Khalifah Al-Rasyidin
                Syarat menjadi Khalifah dan Cara lantikan khalifah.
                Khalifah Abu Bakar sebagai Penyelamat Ummah, Kenapa ?
                Kerajaan Bani Umaiyah dan Othamaniah serta sumbangannya.

BAB 7     Teori dan bukti kedatangan Islam ke Nusantara
BAB 8  :  Pengaruh Islam di T. Melayu : Pentadbiran (Politik)
BAB 10:  Undang -undang berkaitan dengan tanah di T. Melayu sebelum / Selepas kedatangan  
                Penjajah.
                Dasar British terhadap pekebun kecil.
                Kesan Dasar Ekonomi British.

TINGKATAN LIMA ...... AKAN MENYUSUL KEMUDIAN ....

'PANDUAN INI DIHARAPKAN  DAPAT MEMBANTU PELAJAR MEMBERI TUMPUAN KEPADA SKOP / TAJUK  SEMASA MENGULANGKAJI.  Jangan bazirkan masa anda dengan membaca tajuk yang telah keluar dalam peperiksaan SPM 2007 DAN 2008 yang lalu "

Read more...

BAGAIMANA MEMBENTUK BUDAYA KECEMERLANGAN DI SEKOLAH

>> 10/15/09



Terlebih dahulu tahniah kepada semua pentadbir, guru-guru serta staf sokongan sekolah masing2 kerana berjaya meletakkan tahap sekolah masing-masing di tahap sekarang.  Tentunya ada yang boleh dibanggakan biarpun ada aspek yang terabai.  Dalam ruang ringkas ini mungkin kita boleh berkongsi tentang apa yang berlaku di sekolah yang mungkin membantutkan usaha kearah kecemerlangan.  Kita tidak mahu bincangkan hal / program atas kertas yang membawa kecemerlangan tetapi hakikat yang berlaku di sekolah.

1.  Hubungan baik pentadbir dengan semua kakitangan.  Semua sifat serta ciri kepimpinan perlu ada dalam menguruskan hubungan dengan kakitangan lain.  Pastikan mereka selesa dengan hubungan itu.

2.  Sifat semulajadi manusia suka kepada pujian.  Ha...  apa salahnya jika ada pentadbir yang memuji anak buah tentang apa yang dilaksanakannya.  Dasar pintu terbuka perlu diamalkan senentiasa.

3.  Bersikap ambil tahu.  Sebagai pentadbir semua unit / bahagian / aspek yang berkaitan perlu diambil tahu.  Ianya tidak cukup sekadar menunggu laporan semata-mata.  Sikap ini akan memberi rasa ingin buat yang terbaik dalam kalangan anak buah.

4.  Membawa perubahan ke arah yang lebih baik.  Setiap keputusan yang dibuat mestilah menguntungkan.  Ini kerana ia melibatkan kos yang telah dikeluarkan maupun yang bakal dikeluarkan.  Konsep menambahbaik perlu diamalkan bukannya menggantikan apa yang telah siap.

5.  Dasar yang jelas dalam setiap aspek.  Jika kita ambil contoh dalam bidang ICT.  Pernahkah dasar dalam bidang ICT ini dimaktubkan dalam apa-apa mesyuarat di sekolah ?  Hasilnya peralatan yang dibekalkan kerajaan berabuk di dalam setor.  ( Tidak termasuk Laptop)  Pada pendapat saya seandainya dasar telah ditetapkan ada kemungkinan ia akan lebih terurus.

Semua permasalahan ini baru diperingkat kulit dan belum dikupas.  Ia juga hanya melibatkan aspek hubungan guru dengan pentadbir sahaja.  Kawan-kawan kita yang buat sarjana tu harap-harap buatlah kajian kes serta cara mentadbir yang komprehensif tetapi bukan teori semata.  Mudah-mudahan dapat kita laksanakan dan jadikan panduan. Kita ada macam2 jenis sekolah.  Pilihlah sekolah harian biasa sebab sekolah ini memang ada kes yang perlu dikaji.

Read more...

BENCANA MENJADI PENJAMIN

>> 10/10/09


MARA SEPATUTNYA MENCARI PEMINJAM BUKANNYA
MENCARI PENJAMIN Kerana Mereka Telah Diamanahkan Oleh Rakyat.

Rasanya dah lama juga aku tidak mencatatkan coretan diblog ini.  Bukannya apa, terpaksa bertugaas sebagai Ketua Pengawas PMR di SMK Seri Rompin.  Namun demikian pada hari ini aku terkejut menerima kunjungan Posmen.  Apa tidaknya.. aku dapat suray Notis Bayaran daripada MARA yang belum dijelaskan oleh orang yang aku jamin dulu bersama seorang kawan semasa bertugas di Kuala Lumpur.  Aku bukan tidak berhati-hati tetapi ketika itu aku baru menjejak kaki di Kota Raya Kuala Lumpur.  Mungkin terlalu syok kot maka aku pun setuju untuk menjadi penjamin tanpa usul periksa.  Ha sekarang ni masa untuk membayar kerana orang yang dijamin menghilang diri selepas habis belajar.  Aku harap kawan aku yang masih mengajar di SMK ST Gaberial tu dapat menyiasat hingga ke akar umbi misteri kehilangan peminjam ini.  Cikgu Harun sebagai penjamin pertama berasa lega benar kerana dia menyedari aku masih hidup dan dapat berkongsi sekiranya mahkamah memerintah untuk bayar pinjaman itu.  Kalau nak upah Private Investegator pun boleh... cari itu orang.  Lepas tu aku belanja bila aku ke KL nanti. Kepada rakan rakan pula kalau nak jadi penjamin tu tak usahlah kecuali kita mengenali secara dekat (keluarga).  Lain-lain tak perlu pertimbangan.  Kepada member2 yang mengenali diri ini.... SELAMAT HARI RAYA, aIDIL Fitri.

Read more...

KESIBUKAN SELEPAS CUTI RAYA.

>> 10/1/09

Pejam celik pejam celik dah tiba musim peperiksaan.  PMR dan SPM semua menghampiri dengan begitu cepat ku rasakan tapi bukan guna RON 95 tu.  Kesibukan ini juga menyebabkan aku tidak begitu ada masa untuk menuli dan membaca blog rakan -rakan namun jauh di sudut hati kalaulah kat umah aku tu dapat kemudahan 3G dapatlah aku berhari raya bergembira seperti insan yang lain.  Internet guna GPRS terlalu lambat membuatkan aku tidak pernah berinternet dari rumah hampir berbulan-bulan lamanya.  Macam mana nak selesaikan masalah ni?  Nak kena pindah ke Rompin ke? Kacau betul !  Semacam tak adil lah pula orang lain dapat internet laju.  Aku sebaliknya.   Ini luahan perasaan yang sudah lama dipendam ....

Read more...