12/27/09

PENYELENGGARAAN BLOG


Sukacita dimaklumkan bahawa saya sedang membuat beberapa perubahan terhadap blog sempena menyambut tahun baru 2010.  Bukannya apa.  Kalau ada kawan-kawan bertandang adalah juga kelainan.  Asyik serupa je dah setahun.  Disamping tu kepada semua kawan-kawan blogger yang lama dan baru.... SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU....  Semoga lebih bersemangat pada tahun ini.

11/12/09

PENGURUSAN BAHAN P&P SECARA BERPUSAT

Apakah yang dimaksudkan dengan pengurusan bahan secara berpusat ?  Sudahkah semua sekolah melaksanakannya atau ia hanya retorik yang hanya sedap didengar ?  Di sini saya nak berkongsi sedikit pengalaman berkaitan dengan pengurusan bahan P&P di sekolah.  Pada hemat saya, pengurusan bahan P&P secara berpusat tidak begitu dilaksanakan di sekolah-sekolah baik sekolah rendah maupun sekolah Menengah.  Kepada yang melaksanakannya memang saya TABIK dan KAGUM.  Bahan yang saya maksudkan bukan hanya bahan buku dan bukan buku yang dibeli dari peruntukan PCG PSS tetapi juga PCG untuk semua panitia mata pelajaran.  Penggunaan peruntukan kewangan untuk panitia yang seharusnya untuk membeli bahan P&P perlu dipusatkan.  KP boleh buat pembelian namun apabila bahan sampai pihak GPM (PSS) perlu memproses bahan tersebut dengan memberikannya NO.PEROLEHAN.  Setelah direkodkan barulah bahan itu diserah kepada KP yang berkenaan untuk direkodkan pada stokm panitia masing.masing.   Kaedah pengurusan bahan berpusat akan membolehkan semua dana yang diperuntukkan dapat dimanafaatkan secara maksima, dikongsi bersama.  Agak malang kalau ada KP yang langsung tak tahu konsep pengurusan bahan ini.  Pemusatan maklumat berkaitan bahan yang dimiliki akan membolehkan proses automasi dilaksanakan dengan berkesan.  Maklumat tentang jenis bahan yang dimiliki juga mudag diperolehi.  Di SMK Rompin sendiri saya sebagai GPM menghadapi masalah berkaitan pembelian bahan oleh panitia.  Ianya tidak berlaku seperti yang dirancang.  Peranan pihak pentadbiaran sangat perlu dalam memantau bagaimana bahan yang dibeli ini diurus.  Bagi membentuk sebuah PSS yang cemerlang, pengurusan bahan P&P perlulah sistematik, terkawal dan berpusat.  Dengan ini semua warga pendidik dapat berkongsi manafaatnya.

      Pemusatan bahan P&P bukan tertakluk kepada bahan bercetak sahaja sebaliknya
semua HARDWARE dan SOFTWARE. 

KENAIKAN PPPLD DARI DG41 KE DG 44


TERIMA KASIH CIKGU....


Assalamualaikum wm.wbt.  Setelah puas menunggu surat lantikan DG44 setelah ke 12 dalam DG41 minggu lepas aku mendapatnya.  Terima kasih kepada semua khususnya kepada kerani yang begitu gigih menjalankan tugas sehingga memungkinkan aku mendapat surat DG44.  Namun demikian ada sedikit kekeliruan dalam penentuan tarikh lantikan ke DG44.  Bagi PPPLD yang dilantik ke DG41 pada tahun 1998 hingga 2000 tarikh lantikannya pada tahun 2009.  Alhamdullillah aku mendapat lantikan pada 1.4.2008....Selamat.  Tetapi kenapa 10 tahun dalam PPPLD tidak dikira 3 tahun PPPLD= 1 tahun DG41? Atau perkara ini hanya diambil kira untuk DG44 ke DG48 ?  Guru guru baru yang masuk DG41 hanya memerlukan 7 + 3 untuk ke DG44.  Mereka ini dah jadi senior kepada sebahagian guru yang lebih lama berkhidmat.  Kalau ada para sahabat yang arif tentang perkara ini diharap dapat memberi fitback untuk tindakan selanjutnya.  Apa pun aku tetap bersyukur dengan apa yang dilimpahinya.

11/2/09

PELANCARAN KEM MEMBACA 1 MALAYSIA PERINGKAT DAERAH ROMPIN

Pada hari ini, 2 November 2009, bertempat di Dewan Semarak SMK. Rompin telah berlangsung Majlis Pelancaran Kem membaca 1 Malaysia. Majlis ini dirasmikan oleh Pn Hajjah Fatimah Bt Awang, Pegawai Pelajaran Daerah Rompin.
Tn Haji Alias, Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah yang mewakili PPD Rompin berharap program membaca sebegini dapat diteruskan bagi membentuk BUDAYA MEMBADA dalam kalangan pelajar. Majlis diserikan dengan persembahan DEKLAMASI SAJAK, PERSEMBAHAN KOIR serta PENTOMIN. Bersama di dalam majlis ini ialah wakil dari sekolah di daerah Rompin seperti MRSM Muadzam Shah, SMK. Chanis, SMK. Bantura, SMK Keratong, SMK Seri Rompin, SMK Pontian jaya, SMK Tanjung Gemuk,SK. Rompin, SK Pontian serta SMK. Muadzam Shah. Kedatangan para pelajar beserta guru mereka telah berjaya memeriahkan majlis tersebut.

10/22/09

PANDUAN BELAJAR SEJARAH SPM 2009


MEMBACA MESTI DISERTAKAN DENGAN MEMBUAT CATATAN
KAITKAN FAKTA DAN SUSUNGALURKKAN PERISTIWA SEJARAH....

ITULAH KUNCI KEPADA P&P  SEJARAH


SPM 2009 hampir menjelang.  Semua sekolah sarat dengan program mengisi ruang kosong dalam minda pelajar masing-masing.  Namun demikian terdapat sebilangan pelajar kategori POTENSI masih leka manakala kumpulan SEDERHANA masih mencari-cari rentak meletakkan diri pada landasan yang memungkin mereka berjaya.  Bagi subjek sejarah, saya nak ingatkan para pelajar bahawa ia merupakan subjek killer baru ketika ini.  Lantara itu satu kajian skop soalan yang bakal keluar telah saya laksanakan dengan melihat trend soalan dari tahun 2004.  Antara BAB yang perlu anda semua tekankan adalah seperti berikut :

TINGKATAN 4
BAB 1  :  Tamadun Hwang Ho / Tamadun Indus
BAB 3  :  Kerajaan Agraria :  Ciri - ciri dan kegiatan ekonomi
BAB 4  :  Riwayat Nabi :  Keperibadian dan kerasulan Baginda
                Sebab penerimaan dan penentangan orang Quraisy terhadap Islam.
                Cara penentangan orang arab Quraisy
                Cara Nabi menghadapi tentangan.
BAB 5  :  Konsep Hijrah :  Nilai-nilai murni / Kepentingan Hijrah
                Perjanjian Aqabah 1 & 2 serta kepentingan
                Perjanjian Hudaibiyah serta peristiwa ke arahnya
                Pembukaan semula Kota Makkah serta yang berkaitan dengannya.

BAB 6  :  Perlantikan Khalifah Al-Rasyidin
                Syarat menjadi Khalifah dan Cara lantikan khalifah.
                Khalifah Abu Bakar sebagai Penyelamat Ummah, Kenapa ?
                Kerajaan Bani Umaiyah dan Othamaniah serta sumbangannya.

BAB 7     Teori dan bukti kedatangan Islam ke Nusantara
BAB 8  :  Pengaruh Islam di T. Melayu : Pentadbiran (Politik)
BAB 10:  Undang -undang berkaitan dengan tanah di T. Melayu sebelum / Selepas kedatangan  
                Penjajah.
                Dasar British terhadap pekebun kecil.
                Kesan Dasar Ekonomi British.

TINGKATAN LIMA ...... AKAN MENYUSUL KEMUDIAN ....

'PANDUAN INI DIHARAPKAN  DAPAT MEMBANTU PELAJAR MEMBERI TUMPUAN KEPADA SKOP / TAJUK  SEMASA MENGULANGKAJI.  Jangan bazirkan masa anda dengan membaca tajuk yang telah keluar dalam peperiksaan SPM 2007 DAN 2008 yang lalu "

10/15/09

BAGAIMANA MEMBENTUK BUDAYA KECEMERLANGAN DI SEKOLAH



Terlebih dahulu tahniah kepada semua pentadbir, guru-guru serta staf sokongan sekolah masing2 kerana berjaya meletakkan tahap sekolah masing-masing di tahap sekarang.  Tentunya ada yang boleh dibanggakan biarpun ada aspek yang terabai.  Dalam ruang ringkas ini mungkin kita boleh berkongsi tentang apa yang berlaku di sekolah yang mungkin membantutkan usaha kearah kecemerlangan.  Kita tidak mahu bincangkan hal / program atas kertas yang membawa kecemerlangan tetapi hakikat yang berlaku di sekolah.

1.  Hubungan baik pentadbir dengan semua kakitangan.  Semua sifat serta ciri kepimpinan perlu ada dalam menguruskan hubungan dengan kakitangan lain.  Pastikan mereka selesa dengan hubungan itu.

2.  Sifat semulajadi manusia suka kepada pujian.  Ha...  apa salahnya jika ada pentadbir yang memuji anak buah tentang apa yang dilaksanakannya.  Dasar pintu terbuka perlu diamalkan senentiasa.

3.  Bersikap ambil tahu.  Sebagai pentadbir semua unit / bahagian / aspek yang berkaitan perlu diambil tahu.  Ianya tidak cukup sekadar menunggu laporan semata-mata.  Sikap ini akan memberi rasa ingin buat yang terbaik dalam kalangan anak buah.

4.  Membawa perubahan ke arah yang lebih baik.  Setiap keputusan yang dibuat mestilah menguntungkan.  Ini kerana ia melibatkan kos yang telah dikeluarkan maupun yang bakal dikeluarkan.  Konsep menambahbaik perlu diamalkan bukannya menggantikan apa yang telah siap.

5.  Dasar yang jelas dalam setiap aspek.  Jika kita ambil contoh dalam bidang ICT.  Pernahkah dasar dalam bidang ICT ini dimaktubkan dalam apa-apa mesyuarat di sekolah ?  Hasilnya peralatan yang dibekalkan kerajaan berabuk di dalam setor.  ( Tidak termasuk Laptop)  Pada pendapat saya seandainya dasar telah ditetapkan ada kemungkinan ia akan lebih terurus.

Semua permasalahan ini baru diperingkat kulit dan belum dikupas.  Ia juga hanya melibatkan aspek hubungan guru dengan pentadbir sahaja.  Kawan-kawan kita yang buat sarjana tu harap-harap buatlah kajian kes serta cara mentadbir yang komprehensif tetapi bukan teori semata.  Mudah-mudahan dapat kita laksanakan dan jadikan panduan. Kita ada macam2 jenis sekolah.  Pilihlah sekolah harian biasa sebab sekolah ini memang ada kes yang perlu dikaji.

10/1/09

KESIBUKAN SELEPAS CUTI RAYA.

Pejam celik pejam celik dah tiba musim peperiksaan.  PMR dan SPM semua menghampiri dengan begitu cepat ku rasakan tapi bukan guna RON 95 tu.  Kesibukan ini juga menyebabkan aku tidak begitu ada masa untuk menuli dan membaca blog rakan -rakan namun jauh di sudut hati kalaulah kat umah aku tu dapat kemudahan 3G dapatlah aku berhari raya bergembira seperti insan yang lain.  Internet guna GPRS terlalu lambat membuatkan aku tidak pernah berinternet dari rumah hampir berbulan-bulan lamanya.  Macam mana nak selesaikan masalah ni?  Nak kena pindah ke Rompin ke? Kacau betul !  Semacam tak adil lah pula orang lain dapat internet laju.  Aku sebaliknya.   Ini luahan perasaan yang sudah lama dipendam ....

9/24/09

SELAMAT PERGI DAN SELAMAT KEMBALI


Aidil fitri pun berlalu meninggalkan saki-baki bulan syawal yang mungkin boleh kita sama sama raikannya bersama kawan-kawan setelah masing2 pulang dari beraya di kampung.  Perjalanan pulang kami sekeluarga dari Kelantan ke Rompin berjalan lancar dan tiada kejadian cemas yang dialami.  Cuma ingatan ku terhadap 2 kemalangan di Rompin tempoh hari masih menghantui.  Kemalangan yang mengorbankan nyawa itu baru saja berlaku bila kami melintasi jalan dari Rompin ke Kuantan pada hari Khamis sebelum sekolah cuti.  Malang tidak berbau.  Kita mungkin menganggap kemalangan tidak boleh berlaku kepada kita kerana kita berhati2.  Pandangan ini mungkin ketinggalan kerana ada segelintir pemandu seperti dikejar hantu.  Memotong Q, Pandu dengan cara berbahaya, tidak patuh peraturan dan macam2 lagi.  Ini semua menyebabkan kita pun turut nak marah.  Ha...ingat jangan jadi seperti mereka. kerana apa?  Kitakan CIKGU.  Pandulah dengan cermat.  Selamat kembali ke destinasi masing2.

9/3/09

PUSAT KEGIATAN GURU DAN LADAP

Mengikut sumber yang sah bahawa pembinaan PKG di setiap daerah di seluruh negara di Malaysia menelan belanja melebihi RM500,00.00 .  Agensi yang paling hampir dengan PKG ialah BTP, PSPN (BTPN).  Umumnya tujuan pembinaan PKG yang menelan begitu banyak belanja adalah untuk memberi prasarana kemudahan kepada guru, Dari Guru, Oleh Guru, Untuk Guru.  Selaras dengan slogan ini cuba kita perhatikan adakah PKG memainkan peranan sebagaimana slogannya ?  Atau tugasnya telah diambilalih oleh agensi atau jabatan lain ?
Pada hemat saya LADAP atau Latihan Dalam Perkhidmatan yang diwajibkan ke atas semua warga pendidik sepatutnya diuruskan oleh pihak PKG.  Hal demikian kerana kakitangan sememangnya terlatih dalam hal menguruskan sesuatu kursus yang rata-rata berkaitan dengan TEKNOPEN.  Malah jawatan mereka ialah Pegawai Teknologi Pendidikan.  Mereka sepatutnya yang bertindak menjalankan LADAP untuk guru-guru dalam sesuatu daerah.  Peruntukan LADAP yang kini disalurkan terus ke sekolah ada kemungkinan disalahgunakan atau LADAP tidak dilaksanakan dengan berkesan.  Ini menyebabkan hasrat kerajaan GAGAL mencapai matlamat yang dikehendaki.  Ada juga sekolah kecil yang tidak boleh menjalankan LADAP kerana tiada peruntukan kewangan.  Hal demikian menyebabkan sekolah yang bukan pusat PTJ mengalami kemunduran sumber manusia.
Pengunaan PKG sebagai penyelaras kursus LADAP akan menjadikan PKG berfungsi seperti dirancang.  Sekolah yang bukan PTJ dapat sama-sama mengikuti kursus yang dianjurkan.  Kalau kita renung kembali bagaimana kerajaan menyalurkan sebegitu banyak peruntukan kepada BTP, BTPN, PKG,dan PSS sendiri maka penggunaan yang maksimalah yang dapat menjadikan kos yang dikeluarkan menjadi lebih efisyen.

8/30/09

TUNTUTAN KE ARAH KEMERDEKAAN


Tanggal 31 Ogos 1957, negara kita telah menyambut satu peristiwa penting dalam sejarah negara iaitu Sambutan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dari cengkaman penjajahan British. Kita semua selaku anak merdeka rasa amat bersyukur lantaran perjuangan pemimpin terdahulu serta perjuangan orang Melayu serta kaum lain ke arah memerdekaan membolehkan kita hidup selesa sekarang. Keamanan dan ketenteraman yang kita warisi ini harapan kita tidak diganggugugat oleh pihak-pihak berkepentingan.


Dalam pada itu pemaparan tentang usaha ke arah kemerdekaan ini bagi pandangan saya tidak begitu tepat seperti yang digambarkan di dalam Buku Teks Sejarah Tingkatan 3. UMNO kita tidak nafikan besarnya sumbangan membawa negara ke arah kemerdekaan namun pengabaian terhadap kumpulan lain yang berjuang bermatian menentang British adalah satu penyimpangan dari fakta sejarah. PKM digambarkan sebagai parti yang cuba melumpuhkan ekonomi negara dan membentuk satu Republik Komunis di Tanah Melayu. Sebenarnya PKM ini bukan hanya dianggotai oleh orang Cina yang begitu benci kepada JEPUN tetapi ada sekumpulan orang Melayu yang mengganggotainya. Mereka ini terdiri daripada REJIMEN KE 10 PKM. Keahlian mereka terdiri daripada Parti-Parti Melayu Berhaluan Kiri seperti PETA, SEDAR, AWAS, dan BATAS. Mereka ini cukup besar sumbangannya kepada kemerdekaan Tanah Melayu. Namun sumbangan mereka ini langsung tidak disebut. Ini menyebabkan generasi baru tidak tahu fakta sebenar. Maka wujudlah generasi baru yang lupa pada jasa bangsa sendiri dalam memperjuangkan kemerdekaan Tanah Air. Maka tidak hairan jugalah sekarang ini wujud sekumpulan orang Melayu yang menentang pemerintahan orang Melayu dan sanggup bersekongkol dengan kumpulan yang terang-terang menentang hak-hak bumiputera yang kita perjuangkan.

8/26/09

SOALAN SPOT SEJARAH SPM 2009


Satu kajian dan analisa perlu aku laksanakan lepas ini iaitu membuat kajian kemungkinan sesuatu TEMA itu keluar atau tidak pada tahun ini. Perkara ini bagiku sangat penting dan aku tahu semua guru Sejarah lain pun begitu. Sebenarnya kesepakatan amat perlu terutama dari sekolah yang berdekatan. Namun begitu sempadan geografi sekarang ini dah tidak boleh dijadikan alasan lagi. Kemudahan Internet di hujung jari je. Tak tau le yang "blind to the technology".


Sejarah pada masa ini boleh dikategorikan sebagai "Subjek Killer". Apa tidaknya, pelajar perlu baca satu ruang lingkup yang luas meliputi Tingkatan 4 dan 5. Untuk tujuan peperiksaan tumpuan hanya perlu kepada beberapa TEMA yang saya akan utarakan lepas ini. Khas kepada semua pelajar SMK. Rompin dan umumnya semua pelajar calon SPM 2009. SELAMAT MENTELAAH. Semoga mendapat SHAFAAT, rahmat, hikmat dan nikmat darinya.

8/15/09

ONE MALAYSIA VS MALAYSIAN MALAYSIA

Dua gagasan atau slogan ini bertujuan untuk menarik perhatian rakyat menyokong yang mana mereka fikir lebih baik. Generasi baru yang gagal dalam subjek Sejarah eloklah baca buku sejarah sekejap dan buat renungan sejenak.
Satu Malaysia ini idea PM baru kita manakala BA menganggap ia adalah sama dengan konsep Malaysian Malaysia yang dah lama mereka perjuangkan. Perjuangan untuk menjayakan Malaysian Malaysia bermula dengan idea Lee Kuan Yew semasa PETIR terlibat dalam kempen pilihanraya semasa Singapura masih di dalam Malaysia. Saya yakin kalau semua orang Melayu tahu kandungannya tentu mereka "reject" idea ini awal-awal lagi. Sekarang ni ada ramai orang Melayu sudah menyokong Malaysian Malaysia yang diperjuang oleh DAP. Golongan ini sebenarnya tenggelam dalam emosi yang dimainkan oleh pemimpin politik.

8/1/09

GEMPAR DI PUBLIC BANK ENDAU

Tanggal 29 Julai (Rabu) selepas tamat persekolahan jam 2.30 aku terus memandu kereta menuju Public Bank Endau. Aku sering kesana kerana perkhidmatannya sangat efesyen, cepat sekali boleh berurusan. Serasa aku tak pernah aku menungu melebihi 5 minit. Tapi pada hari ini aku terlupa bahawa baju yang aku pakai adalah baju Pegawai Polis yang lengkap. Semasa nak melangkah masuk ke Bank PB baru aku perasan bahawa boleh kata semua mata dalam bank tertumpu kepada aku. Aku buat tak kisah je.. Setelah mengambil nombor kebetulannya terus nombor dipanggil. Akuterus ke kaunter dan menyerahkan borang urusan yang telah diisi lebih awal. "Eh Encik ni cikgu ke Pegawai Polis ? Tanya seorang kerani kewangan dengan nada yang ragu-ragu. Alamak macam mana dia tau aku ni cikgu ? dan kenapa mereka begitu teruja dengan Pengawai Polis ? Aku berfikir sejenak. Aku menunjukkan satu perkataan tertampal di bahagian bahu "Kedet Polis". Wa..U nampak betul-betul macam Pegawai Polis lah. Sambil memberitahu rakannya dalam bahagian kaunter. Ha.. apa lagi semua mata sekali tertumpu kepada aku. "Berapa U buat baju tu ye, saya pun nak lah" . RM500.00 dengan aksesori. " Siapa bayar ? Sendiri bayarlah aku menjawab selamba sambil memerhati semua Juruwang yang agak manis-manis juga. "U kena selalu datang supaya orang jahat takut."Rupanya mereka ni ramah juga sebenarnya. Semuanya melemparkan senyuman kepada aku. Tak tau le senyum kembing ke senyum kagum kepada PAKAIAN yang aku pakai. Lepas ini kalau pakai baju KEDET POLIS jangan singgah mana-mana tau. Aku memberitahu aku sendiri.

7/29/09

PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH PMR 09

Alhamdullilah, minggu ini maka selesailah kerja kawe sebagai Ketua Pentaksir Kawasan untuk mata pelajaran Sejarah tingkatan 3. Aku telah melawat beberapa buah sekolah termasuklah SMK Tekek Tioman, SMA Bukit Ibam, SMK Perantau Damai, SMK Tanjung Gemok dan SMK Selendang. Hasil daripada penelitian terhadap kerja kursus yang dilaksanakan di sekolah serta penataran yang dilakukan oleh pentaksir sekolah, maka adalah jelas beberapa perkara telah berlaku di sekolah tersebut :

1. Kerja kursus dilaksanakan memgikut perancangan tetapi mereka mengabaikan PANDUAN
PELAKSANAAN KERJA KURSUS yang dibekalkan oleh Lembaga Peperiksaan.

2. Penilaian dilakukan pada akhir Julai dimana sepatutnya ia dibuat secara sedikit demi sedikit
mengikut elemen.

3. Terdapat guru yang samada membenarkan pelajar meniru SEBIJIK kerja pelajar lain.

4. Ada juga kedapatan pelajar meniru bahan dari internet SEBIJIK. Cetak dan tak payah taip.

5. Terdapat selisih yang agak ketara bagi sesetengah sekolah terutama guru baru yang sering
bertukar.

Pada tahun 2012 markah kerja kursus ini akan dimasukkan ke dalam peperiksaan bertulis PMR, jadi semacam akan berlaku ketidakadilan pada pelajar terutama kriteria penilaian yang gagal dipatuhi oleh pentaksir sekolah. Alamak bini ajakn minum pulak ...berhenti dulu...

7/26/09

PERKHIDMATAN FOTOSTAT

Dengan ini dimaklumkan kepada semua warga pendidik serta penghuni sekitar Rompin Pantai bahawa PERKHIDMATAN FOTOSTAT kini dibuka untuk memberi perkhidmatan cetakan soalan, modul latihan, dan lain lain bahan secara pukal pada kadar harga RM0.035 sen setiap muka surat (A4) . Perkhidmatan ini sebenarnya telah lama beroperasi cuma tidak diiklankan. Bagi sekolah yang ingin mencetak soalan atau modul boleh hubungi saya di blog saya ( http://hashimme.blogspot.com) . Pastinya harga ditawarkan ini tiada tandingan. Tak caya cuba survey tengok. Dengan cetakan bermutu dan jelas.

6/14/09

BERMULA PENGGAL KEDUA PERSEKOLAHAN

Esok maka semua warga pendidik akan bangun lebih awal dari biasa. Terutama kepada yang ramai gerabak. Bangun awal memang banyak kelebihan. Kalau nak dilayan tidur tak pernah puas. Ada benda lain yang boleh puas ke?

Esok jugalah hampir semua guru perlu menyelesaikan segala markah pelajar untuk diserahkan kepada guru kelas. Jadi prinsip saya sebelum kena kejar dek guru kelas baik saya cetak markah dan serah kepada mereka... selamat. Satu kes lagi ialah diagnostik untuk setiap soalan. Ini yang paling haru. Setelah menyelesaikan ANALISA satu kelas, saya lihat ada masalah penguasaan bab -bab tertentu pada setiap tingkatan khusus untuk subjek SEJARAH. Tumpuan terpaksa dibuat untuk bahagian yang lemah ini. Strategi perlu dibuat. Jangan lupa juga KERJA KURSUS mereka perlu juga dinilai. Ada yang buat tak peduli terhadap Kerja Kursus, ini paling tension. Tapi sebagai guru dalam era moden ini, kebolehan mengawal emosi amat penting. Biar kita yang mengawal keadaan jangan keadaan mengawal kita.

SELAMAT MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB KITA SEBAGAI PENDIDIK. MULAKAN HARI PERTAMA DENGAN CERIAAAAAAAAA.

6/7/09

KIOSK MAKLUMAT PSS SMK.ROMPIN

Antara perancangan yang sedang dijalankan oleh unit PSS iaolah mewujudkan perkhidmatan KIOSK MAKLUMAT PSS. Jutaan terima kasih kepada Utz Ab Aziz selaku YDP PIBG SMKR kerana menyalurkan bantuan kewangan untuk menjayakan projek ini. Semua K.Bidang telah dimaklumkan yang mana setiap bidang akan diberi sebuah KIOSK untuk diuruskan di bawah bidang masing.

Penyelaras KIOSK untuk bidang telah dilantik di dalam mesyuarat PSS 2 minggu lepas dan spesipikasi tugas telah dimaklumkan. Mereka perlu menyediakan satu perisian yang membolehkan bahan P&P dan segala macam maklumat mengikut mata pelajaran dimuat turun ke dalam PC (KIOSK). Pelajar hanya perlu pilih 'button' yang dikehendaki dan maklumat berkaitan akan dipaparkan. Banyak lagi NILAI TAMBAH akan disediakan untuk kemudahan pelajar supaya menggunakan KIOSK dengan maksima.

Perancangan sememangnya dah ok tetapi pelaksanaannya perkara lain pula. Namun bagi saya perancangan sahaja yang dapat menjayakan sesuatu projek. IF WE FAIL TO PLAN WE PLAN TO FAIL.

5/29/09

BERPINDAHNYA PUSAT SUMBER SMKR

Pada hari ini tanggal 29 Mei 2008, maka bermulalah operasi memindahkan perpustakaan serta semua unit-unitnya ke bangunan baru di ARAS 3. Perpindahan ini adalah merupakan satu yang trajik sebenarnya bagi saya. Namun pihak sekolah melihat bahawa status PSS sekarang yang mencapai 4 bintang boleh dikorbankan bagi memberi peluang kepada pembentukan satu pusat pengajaran dan pembelajaran untuk pelajar Tingkatan 6. PSS SMKR sebenarnya bermula daripada tiada bintang sebelum 1998. Proses memantapkan pengurusan PSS dibuat sedikit demi sedikit.

Sebagai penyelaras PSS, saya merakamkan jutaan terima kasih kepada Pengetua terdahulu kerana telah banyak memberi sokongan kepada pembangunan PSS SMKR. Tidak lupa juga kepada Persatuan Ibubapa dan Guru SMKR. Kegagalan PSS keluar dari kepompong 4 bintang sejak beberapa tahun kebelakangan bukan berpunca dari pengurusan PSS tetapi PENGLIBATAN unit lain dalam melaksanakan aktiviti. Contoh jelas ielah pelaksanaan NILAM Pahang.

Namun demikian kegagalan meraih 5 bintang mungkin juga kerana PSS tidak dapat diperkembangkan dari segi pembangunan fizikalnya. Maka dengan fikiran positif saya melihat perpindahan ini sebagai PENGHIJRAHAN kerana hijrah akan membawa perubahan dari yang kurang baik kepada yang lebih bagus. Kita tunggu dan lihat operasi perpindahan seterusnya. Harapan saya semoga perpindahan lancar. Kerja-kerja menyediakan infrastruktur baru di tingkat 3 juga dapat dilaksanakan seperti perancangan.

Hasil tinjauan saya dapati sebilangan guru kurang setuju dengan perpindahan ini dengan alasan tertentu. Saya juga tidak setuju tetapi saya suka cabaran baru untuk mewujudkan PSS di Aras 3. Saya membayangkan sesuatu yang lebih menarik bnoleh saya buat.....

5/20/09

KAEDAH P&P UNTUK PELAJAR POTENSI

Assalamualaikum.....
Minggu lepas saya tidak masuk ke kelas tingkatan 3F kerana menghadiri satu mesyuarat di Genting Highland anjuran JPNP. Rasa macam lama sangat tak berjumpa pelajar 3F ni. Berbekalkan semangat itu, pada satu hari saya pun melangkahkan kaki penuh semangat menuju ke Tingkatan 3F. Lagi pun mood hari guru masih membara. Malangnya pabila saya nak mulakan P&P, kelihatannya pelajar mcm tak bergerakbalas dengan tindakan cikgu. Apakah mereka ini sudah melupakan semua yang aku dah ajar pada mereka dek kerana tak masuk 3 masa P&P ? Kenapa pula kelas lain responnya berbeza ?

Saya mengambil beberapa kesimpulan daripada peristiwa tersebut :

1. Pelajar potensi perlu diberi sepenuh perhatian dalam P&P
2. P&P terhadap kumpulan ini MESTI berterusan dan tidak boleh ada gangguan.
3. Tahap kesedaran tentang kepentingan untuk belajar secara kendiri hampir tiada langsung.
4. Guru yang paling cemerlang (GC) perlu dikerah ke kelas pelajar kumpulan potensi.
5. Kaedah P&P perlu pelbagai dengan bantuan banyak gambar / grafik.
6. Menghabiskan sukatan bukan objektif utama untuk mereka.
7. Kegagalan mereka bukan kerana faktor bahan tetapi sikap mereka terhadap pelajaran.
8. Cikgu yang berjaya ubah sikap mereka memang GC sebenar.
9. Pelajar ini tidak perlu belajar subjek kritikal yang mereka tidak mungkin lulus .
10.Kita guna kaedah memberi tumpuan kepada apa yang mereka mampu buat.
11.Kita terpaksa terima bahawa kalau semua bijak (lulus 100% spt dalam PKKP) sape nak kerja
kat INDAH WATER @ MDR ? kETETAPAN AZALI ADANYA .....

Walau bagaimana pun kita sedar bahawa mereka tidak kurang berbanding pelajar lain dari segi emosi, fizikal dan mental. Jadi apa sebenarnya masalah mereka ini. Kajian tindakan lagi nampaknya..

4/30/09

KAJIAN TINDAKAN DALAM P&P

Kajian tindakan sebenarnya telah lama kita dengar dan ada antara kita yang telah melaksanakannya. Pengamalan budaya membuat penyelidikan dalam pendidikan sebanarnya amat berfaedah. Namun demikian setiap permasalahan yang dihadapi perlu dikenalpasti dan satu instrumen penilaian yang tepat menjurus kepada masalah tersebut perlu digubal dan dibuat persampelan.

Saya sebenarnya agak teruja juga dalam hal ini. Hal demikian kerana subjek SEJARAH telah menjadi subjek killer pada 2007 walaupun ada peningkatan ketara pada SPM tahun 2008. Apa yang nak dikaji ialah faktor kegagalan pelajar menguasai content subjek ini. Jadi dalam hal ini mungkin ada masalah pengajaran dan juga pembelajaran dalam kalangan pelajar. Antara faktor yang mungkin menjadi penyebab kepada peratus kegagalan yang tinggi ialah kaedah dalam P&P. Jadi kita sama renungkan.....

SKOP UJIAN PENGGAL 1 2009 SEJARAH SPM KERTAS 2

Assalamualaikum ....

Kepada semua pelajar SMKR amnya khasnya Tingkatan 5 Cekap, anda semua harus membuat persediaan sewajarnya. Berikut adalah cakupan bab yang dimaklumkan akan diuji dalam Ujian UPT 2 akan datang.

Tingkatan 5

Bab 1 hinggga Bab 5 :

Baca dan tumpukan kepada bab-bab yang belum lagi diuji pada UPT 1 lepas. Oleh kerana soalan ini diselaraskan di seluruh Pahang, maka ada kemungkinan soalan UPT 1 peringkat sekolah akan terpacul keluar sekali lagi.

Yang penting Bab 5 mesti dipelajari kerana sudah pasti soalannya akan keluar.

Tingkatan 4

Ha... ini ada sedikit keharuan kerana semua bab manjadi cakupannya. Namun demikian kecekapan kita nenelah bab-bab penting dari tingkatan 4 sangat penting.

Okk.. semua maklumat yang diberi adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan perlu diingatkan bahawa ini hanya sebagai panduan untuk ulangkaji.

Selamat belajar.... tip tip study sejarah kemudian akan menyusul..

4/29/09

HISTERIA 2009

Hasil tinjauan saya selama kejadian ini berlaku beberapa persoalan perlu difikirkan khusus dalam menanganinya jika ia telah berlaku dan memberi kesan kepada P&P

1. Kaedah untuk pemulihan.

alamak tak sempatl nanti sambung

3/31/09

ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Membiacarakan pasal ICT dewasa ini sepatutnya ia tidak ada masalah lagi. Ini ekoran tindakan kerajaan membekalkan pelbagai peralatan dan perisian pendidikan ke sekolah. Namun penggunaannya jauh dari hasrat kerajaan. Banyak peralatan rosak kerana tidak digunakan. Kenapa hal sedemikian berlaku pada masa dimana guru-guru mengeluh dek kerana terlalu banyak tugasan di sekolah ?

Mereka ini perlu ambil manafaat daripada lambakan peralatan dan bahan ICT bagi memudahkan kerja P&P. Hanya guru yang selalu menggunakan kemudahan ICT yang tahu bertapa mudahnya P&P dengan ICT. Mereka kalau boleh nak berakar di bilik tayangan / Bikil Multimedia. Tapi sebenarnya kita simpati kepada mereka yang belum celik teknologi. Bagaimana nak bantu mereka ?

3/30/09

OPERASI PENCERAPAN MEGA

Besok hari Selasa bersamaan 31 MAC 2009, satu operasi pencerapan besar-besaran akan di adakan di SMK. Rompin. Tindakan ini adalah ekoran daripada terdapatnya satu fax yang mahukan laporan pemantauan proses P&P Februari dan Mac dihantar ke PPD oleh penyelaras daerah pada kadar yang sangat segera.

Pencerapan berfokus mungkin dibuat bagi tujuan mengesan kelemahan dalam sesuatu bahagian. Seingat saya sejak 1998 berada di SMK. Rompin hanya sekali pencerapan dibuat terhadap saya oleh KB tetapi hasilnya tidak dilapor kepada saya. Bagi guru-guru lain mungkin banyak juga kerana ada jadual disediakan.

Pencerapan proses P&P sebenarnya sangat baik tetapi teknik pencerapan perlulah tidak meninggalkan tekanan (stress) kepada guru. Hal demikian dapat dikurangkan dengan kaedah pemantauan guru mestilah oleh guru yang lebih senior. Jangan yang junior cerap yang senior. Haru jadinya. Kita tahu bahawa P&P banyak teknik boleh diaplikasikan. Penggunaan ICT sangat digalakkan tapi tiada kesepakatan dalam hal ini. Yang buat power point tak nak pinjamkan kepada yang lain kerana katanya dia bersengkang mata buat, orang lain mana boleh begitu mudah nak ambil. Ha.... ini satu situasi. Berlawanan dengannya ada guru yang langsung tidak sudi menggunakan ICT. Biasanya guru-guru yang dalam era lama. Katanya kaedah tradisional pun pelajar ramai cemerlang.

Saya merasakan satu usaha bersepadu perlu dibuat dan persepakatan di dalam panatia perlu dibuat dalam menyediakan BBM. Dengan peruntukan sedikit peruntukan nescaya guru rajin buat BBM. Bukan nak duit tapi itulah pengiktirafan yang perlu kepada anak buah... TQ

3/28/09

PEMIMPIN DAN KEPIMPINAN

Perhimpunan UMNO telah berlalu dan keputusannya semua telah diketahui. Perubahan hingga ke akarumbi akan dilaksanakan boleh dikatakan retorik semata. Ini kerana pemimpin yang dipilih masih ada yang "tidak bersih".

Bahananya juga berlaku pada hari ini di Rompin. Semua guru sebuah sekolah telah berpakat tidak hadir ke sekolah pada hari ini kerana memprotes GB. Kejadian begini jarang berlaku sebenarnya. Namun demikian ia telah berlaku. Antara sebab berlaku kejadian memprotes ini ialah kegagalan GB dalam kepimpinannya. Kegagalan bermuhasabah pada setiap tindakbalas orang yang dipimpin serta kegagalan menggunakan akal minda yang dianugerah allah swt. Siapakah yang hendak dipersalahkan ? Perkara ini sebenarnya merugikan anak MELAYU juga. Jadi pada mereka yang perihatin tolonglah jenguk masalah ini. Takkan nak tunggu KPM atau JPNP ? Kejadian begini tidak pernah berlaku sebelum ini.

3/27/09

BADMINTON VS WOODBALL


Dua jenis permainan ini menjadi pilihan aku untuk bersukan pada sebelah petang. Namun begitu kalau pilih satu ada pula disana menunggu dan kalau pilih satu lagi di sini pula menanti. Tapi bagiku permainan yang paling sesuai bagi orang sebaya macam saya ni woodball sahaja. Setakat ini permainan ini tidak pernah mencederakan otot dan sendi kaki aku. Cukup baik untuk untuk semua kerana setiap sesi permainan 2 jam melibatkan jarak jalan kaki dalam 6 hingga 7 km.

Badminton pula 20 minit main sakit urat 4 hari. Ini cerita kawan kita Cikgu BOB. Permainan yang aggresif ini sebenarnya boleh dikatakan tiada nilai estatika atau seni. Cedera bolehlah. Jadi apa kata kita pakat-pakat pi main WOODBALL.

DG 41 KE DG 44

Ini merupakan satu perkara yang sedang menganggu fikiran aku kerana ada member dah dapat surat tapi aku masih menunggu. Dari segi kelayakan semua ada. Yang SPP suka melambat-lambatkan urusan ni nape ye... Takkan nak pergi ke SPP ! Dengar khabar gurtu PJJ ada sistem 7 + 3. Jadi kalau nak kira dah 3 tahun overdue. Sememangnya gunung dikejar takkan lari tapi penanti an itu satu penyeksaan. Mengikut pengerusi KPPK Pahang, Sdr Kamalrulzaman setakat ini tiada habuan untuk mereka yang membuat SARJANA. Satu skim gaji baru terpaksa dibuat untuk itu. Jadi aku pun tak perlu buat master lagi KIV sehingga ada berita gumbira. Ok ke?

3/19/09

KAMI MEMIMPIN

Tajuk saya pada kali ini merupakan imbasan kembali ketika aku dan sekumpulan guru dari pelbagai ceruk tanah air menuntut di Universiti Sains Malaysia. Kenangan semasa belajar sangat menarik sehinggakan kalau boleh ingin aku ulangi kembali. Mungkin perasaan ini sama juga kepada pelajar lain.

Isu yang akan ku kemukakan bukan bertujuan memperkecilkan sesiapa yang mengambil jurusan tertentu jauh sekali kepada isteri tersayang yang sedang membuat program SARJANA . Bercakap mengenai pemimpin dan kepemimpinan maka kita semua tahu kaitannya amat rapat dengan pentadbiran. Semua yang mentadbir dianggap pemimpin. Baik di mana mereka, semua dilahirkan sebagai pemimpin.

Di USM, pada ketika itu tiada jurusan pentadbiran pendidikan secara khusus namun melihat kepada slogan USM "KAMI MEMIMPIN" semua pelajarnya dianggap sebagai pentadbir / pemimpin. Jadi di mana perlunya kita melanjutkan pelajaran dalam pentadbiran di peringkat yang lebih tinggi jika mereka yang tidak mempelajarinya juga boleh memimpin ? Bukti menunjukkan para guru yang telah selesaikan SARJANA dalam bidang pentadbiran hanya memimpin seperti mereka yang tidak mempunyai sarjana. Kenapa hal sedemikian berlaku ?

Berdasarkan pentaksiran 4 PINTU JAUHARI , manusia ada empat kategori iaitu Mereka yang tidak tahu mereka tidak tahu, Mereka yang tidak tahu mereka tahu, Mereka yang tahu mereka tidak tahu dan mereka yang tahu mereka tahu. Saya meletakkan bahawa guru yang mempunyai SARJANA dalam kalangan Mereka yang tahu bahawa mereka tahu manakala guru yang tiada sarjana tetapi baik kepimpinannya ialah mereka tidak tahu bahawa mereka tahu. Dalam hal ini kesan kepada organisasi adalah sama sahaja namun yang memiliki SARJANA semestinya mereka lebih BERKEYAKINAN, BERKETERAMPILAN DAN mungkin dikagumi.

3/10/09

BAGAIMANA JAWATANKUASA INDUK PUSAT SUMBER BERPERANAN


Jawatankuasa Induk PSS adalah merupakan satu jawatankuasa penting dalam merancang program yang bakal dilaksanakan oleh PSS. Setakat ini untuk sekolah SMKR, semacam ada yang tidak kena. JK induk yang terdiri daripada KB dan KP semacam tidak berperanan dalam JK tersebut. Aktiviti PSS kelihatannya begitu terasing dan hanya diuruskan oleh beberapa orang guru yang secara kebetulannya berada dalam AJK Kerja PSS.


Esok 10 MAC 2009, Mesyuarat JK Induk Pertama, sebagai GPM yang dilantik khas diluar norm dan mengajar (6 hingga 8 masa ikut pekeliling terkini KPM / BTP) aku perlu buat sesuatu... Budaya lama mesti dikuburkan. Segala program PSS sebenarnya telah ku rancang dengan teliti. Tahun ini apa yang ku rancang mesti dijelaskan kepada semua AJK INDUK PSS dan mereka seharusnya akur dengan program yang dirancang. Kenapa pula ? Yea... kerana membuat perancangan untuk PSS sebenarnya tugas JK Induk. Jadi apabila diterima AJK Kerja PSS akan melaksanakan. Penglibatan semua guru dalam menjalankan aktiviti PSS ku lihat kunci kepada kejayaan PSS yang cemerlang.


Sehingga 2008, PSS SMKR hanya berjaya mendapat 4 bintang sahaja. Kenapa tidak 5 ? Pasti ada yang tidak betul. Pastinya pelaksanaan PROGRAM NILAM.... INI BERAT... Kawan-kawan ada idea atau sekadar tidak ambil peduli di sekolah masing-masing ?

3/9/09

KHUTUBKHANAH DAN PERANAN DALAM P&P


Khutubkhanah. Ada kemungkinan besar ramai generasi kini tidak pernah mendengar perkataan ini. Namun begitu dalam kalangan guru rata-rata arif tentang istilah ini tetapi ramai yang tak arif tentang fungsinya.

Dewasa ini nama khutubkhanah telah mengalami tranformasi sesuai dengan perubahan zaman. Daripada perpustakaan kepada pusat sumber sekolah. Namun demikian kesedaran tentang peranannya dalam P&P sangat jauh dari kehendak KPM. Ada pusat sumber dijadikan tempat membawa pelajar ketika guru ganti mengambilalih P&P, tempat melonggokkan pelajar yang tidak mengambil subjek tertentu, dan tempat guru membawa pelajar ketika mereka merasa 'malas' nak mengajar.

Sebenarnya tindakan semua guru di atas tidak salah cuma yang salahnya 'niat' mereka. Guru-guru perlu menegaskan kepada pelajar bahawa kehadiran mereka ke PSS bukan sekadar menghabiskan masa sebaliknya akktiviti membaca yang mereka lakukan itu sangat bermanafaat. Pelajar pun tak tahu apa mereka buat tu sangat baik iaitu membaca. Jadi apa pun alasan guru membawa pelajar ke PSS, mereka perlu mempunyai niat (matlamat) yang murni iaitu membudayakan aktiviti membaca.

2/8/09

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN SMKR 09

Tanggal 7 Febuari 09, KOT SMKR telah berlangsung dengan jayanya. Berkat kerjasama semua guru akhirnya majlis tersebut lancar tanpa ada rintangan. Baik guru-guru senior maupun guru-guru genarasi baru semuanya bekerjasama. Biar mentari terik mereka tetap gigih.

2/7/09

PAKATAN YANG TIDAK BERPAKAT


Rasanya kita semua sudah maklum tentang peralihan kuasa di Perak dua hari lepas. Apa yang berlaku begitu menarik seolah-olah ada plot naik, turun dan ke kemuncak. Bermula dengan lompatan sang katak dari UMNO ke dalam PR. Esoknya pula Sang Katak dari PR pula lompat keluar dari kolam. Sejauh manakah manusia dapat merencanakan semua ini ? Kita perlu sedar bahawa manusia ini boleh diumpamakan sebagai patung yang bergerak di sebuah pertunjukan teater"kabuki". Semua pergerakan dikawal oleh satu KUASA yang tidak nampak. Peristiwa di Perak pun begitulah adanya. Kalau kita semua kembali ke 'azali', maka kita akan nampak kuasa yang menggerakkannya. Apa yang jelas kalau pemimpin sendiri tidak bersatu, macam mana nak bawa keamanan dan kesejahteraan ? Apa pun kecondongan seseorang, yang pasti kita tadak mahu lihat kekacauan berlaku di negara kita yang dicintai ini..... Pandangan seorang cikgu sejarah je...

2/2/09

MESYUARAT AGUNG PIBG SMKR KALI KE 23

Masuk tahun ini dah 7 tahun kawe jadi Setiausaha PIBG SMKR. Bermula dengan YDP En Ahmad Selimin (CC JKR dulu)diikuti oleh En Mohd Zamri (Penerangan Rompin), En Karim Embi (Felda Sdn Bhd) dan sekarang Ustaz Ab Aziz b. Yacub. Paling banyak aktiviti menarik semasa En Ahmad Selimin menjadi YDP. PIBG berjaya menganjurkan beberapa "event" menarik seperti Pertandingan Kesenian Ayam Serama yang dirasmikan oleh Exco Penerangan Pahang ketika itu Puan Maznah Ismail. Pertandingan itu tidak pernah berlaku sebelumnya. Walaupun kelihatannya tiada releven dengan pendidikan tetapi penyertaan mesyarakat ketika itu mengembirakan kami khususnya semua AJK ketika itu. Pertandingan memancing juga berjaya mencapai matlamat kemasyarakatannya. Biarpun hanya berupaya mengembalikan semula modal yang dikeluarkan. Alamak panjangnya intro kawe ni.... ok.
Bercakap pasal mesyuarat agung tahniah kepada Ckgu Ahmad Faris Johan kerana telah dengan jayanya melaksanakan agenda penting bagi sekolahnya. Beliau merupakan kawe punya senior.
Untuk itu pagi tadi kawe telah berjaya mengadap Tuan Pengetua baru SMK. Rompin, Pn Fauziah Bt Ali. Dalam perbincangan kami mengambil ketetapan untuk mengadakan mesyuarat agung PIBG pada penghujung Febuari ini (Hari Sabtu). Namun sebelum tu kawe kena panggil AJK Induk PIBG untuk bincang agenda penting mesyuarat pada Khamis ini jam 8.00 malam. Malam bukan lagi masa rehat buat kawe. Lebih lebih lagi sejak menjadi blogger... hai kelakau betul ye... . Jadi kepada semua sahabat sahabat kalau ada pendangan berkaitan agenda PENTING PIBG bolehlah dikongsikan gitu..gitu. Alamak lupa pula kepada yang nak tahu siapa AJK PIBG sekarang bolehlah lewati Laman Web Rasmi SMK. Rompin di http://www.smkr.edu.my/
Terima kasih yea...

1/31/09

ADA KE PATUT ?


Al Kisah tersebut kisah aku yang sangat suka memancing kat jeti kayu Kuala Pontian. Di situ rupanya lubuk Sang Siakap. Apa taknya sejak tahun 2007, bermula seawal April aku dah mula berulang ke lubuk tersebut. Nak tau kenapa ? Ya... sebenarnya sekurang-kurangnya 6 kali tali pancing aku putus dikerjakan Sang Siakap. Yang dapat sekor je.. kecil pula tu.


Tahun 2008 ketika adik ipar kawe bertandang dari KL aku pun apa lagi terus ajak di menduga di lubuk tersebut tetapi pada sebelah malam. Setibanya kami, di situ telah ada 2 orang pemancing yang nampak bayangan hitam dalam kesamaran cahaya lampu lilin. Mereka pancing dari atas jeti sebaliknya kami turun ke bawah kononnya nak casting siakap. Sedang asyik casting, aku merasakan ada tali pancing tersangkut pada joranku lalu aku menariknya. Sah tali pancing. Yang peliknya setelah diperiksa tali itu nampaknya kendur. Aku pun memberitahu iparku yang tali itu yang pemancing dulu telah tidak digunakan. Setelah dileraikan aku terus melakukan casting. Begitu jua dengan iparku. Selang 10 minit aku lihat beliau menyalakan lighter dan memotong taling pancing tadi yang tersangkut pula pada jorannya. Selang 15 minit, aku lihat 2 orang pemancing atas jeti kayu bergerak beredar dari situ tanpa berkata sesuatu. Biasalah tu fikirku... tak de ikan cau je le.... . Sejurus kemudian kami pun turut tinggalkan lubuk itu.


Esok paginya dek kerana ada hal, hanya iparku sahaja pergi ke lubuk tersebut. Sesampainya di sana ada 2 orang pemancing sedang memancing di atas jeti kayu. Dia pun selaku pemancing yang peramah menyapa pemancing tadi. "Ada ikan ke? Tak de.. balas salah seorang dari mereka. Maka bermulalah edisi yang tak ingin saya dengan.... kata salah seorang pemancing tu, "Semalam tali joran kami dipotong oleh seorang pemancing yang turun memancing di bawah! Tak patut betul. Kalau ye pun tali pancing berbelit berilah tahu boleh kami bantu leraikan. Ini tak terus dipotong". Iparku berasa serba tak kena. Apa lagi dia pun membalas, "Ye le, tak patut dia buat macam tu' . Lepas tu mereka termasuk iparku tadi mulalah mengutuk perbuatan memotong tali joran itu. kata mereka yang potong tu pakai kereta honda stream.


Yang tak patut lagi, iparku itu balik cerita pada aku peristiwa dia mengutuk aku yang dianggap memotong tali joran oleh 2 pemancing tadi. Aku termenung sejenak dan membuat kesimpulan berikut: "Aku seorang cikgu takkan tergamak melakukan perbuatan tersebut". Tapi malangnya mereka (2 pemancing tadi) terus mengecop aku tidak beretika. Dalam pada itu mereka sebenarnya tidak kenal pun aku. Selamatlah maruah aku sebagai pemancing. Begitulah adanya...

1/30/09

PKKP YANG TERLAMPAU


Program PKKP telah dijalankan apabila kawe menjejakkan kaki ke negeri Mat Kilau ini. Sepanjang melaksanakannya bermacam-macam hal yang dialami oleh semua warga pendidik khususnya di Pahang. Sebenarnya PKKP merupakan satu langkah bijak khususnya bagi merealisasikan slogan "if we fail to plan we plan to fail". Penetapan matlamat atau "goal" dalam pendidikan sangat penting. Maka dalam penyediaan Headcount (HC2) sibuklah guru-guru subjek berbincang dalam panatia mata pelajaran bagi menetapkan berapa jumlah pelajar yang boleh mencapai gred A, B, C dan D. Tiadanya abjad E (untuk pelajar gagal) dalam PKKP menjadi titik tolak bahawa program ini tidak berpijak di bumi nyata. Atau PKKP tersalah tempat dilaksanakan di sekolah harian biasa? Apa hinanya jika kita menerima kenyataan kehidupan bahawa tiada semua manusia dilahirkan untuk berjaya? Begitulah juga pelajar kita. Mereka mungkin berjaya dalam bidang lain. Janganlah kita bersedih dek kerana ada segelintir pelajar gagal. Kita puas berusaha tetapi kegagalan seolah-olah begitu dekat dengan mereka. Mereka inilah yang rajin menegur kita di luar sebaliknya yang cemerlang hanya cemerlang akedemik tetapi kurang rohnya.


Balik kepada tenaga pengajar di sekolah bahawa kita tahu mereka semua adalah profesional dalam bidang mereka. Mereka cukup memahami pelajar mereka. Baik yang cemerlang maupun yang masih merangkak membaca biarpun di bangku sekolah menengah. Kenapakah mereka ini dinafikan dalam menentukan kaedah atau merancang sendiri program untuk sekolah masing-masing. Tidakkah ini akan memberi mereka peluang merangka program sendiri sesuai dengan kebolehan dan persekitaran pelajar mereka ? Kenapa mesti implimentasikan program yang sangat sesuai untuk pelajar asrama penuh itu ? Cuba renungkan bahawa pelaksanaan PKKP di sekolah harian biasa menyebabkan PKKP boleh dianggap gagal. Hakikatnya jelas apabila keputusan peperiksaan sebenar dikeluarkan oleh LPM. PKKP cukup baik tetapi kenapa begitu jadinya ? Apa perlu kita pendidik lakukan ?


1/11/09

Memancing di Ampangan Sepayang


Assalamualaikum,


Hai kesibukan, tak sempat untuk menulis blog ni. Namun begitu cuba gak la meluangkan masa memandang dah ada kawan-kawan yang menjengok blog saya ni. terima kasihlah .. yr.

Ha nak tau nilah keje buat saya masa cuti tahun baru cina baru ni. Saya dan anak lelaki saya pergi memancing kat tengah ampangan di sepayang ni. Hasilnya dapatlah ikan toman,baung dan belida. Kalau dah kaki pancing. pantang ada luang memancing la,

lagi-lagi kisah memancing..


Di pondok nilah kami bermalam untuk memancing. Apa yang syok anak-anak kawe memancing menerusi lubang lantai pondok ni saja sudah dapat ikan. Emm. perjalanan kesini naik sebuah bot. lebih kurang 15 minit je dari daratan. sebenarnya ramai orang dari merata tempat berkunjung ke sini. Tapi saya baru kali pertama sampai sini.

SELAMAT DATANG

Selamat datang ke blog saya . Diharapkan semoga pembinaan blog ini akan membolehkan kita bertukar tukar fikiran tentang pelbagai hal terutama berkaitan pendidikan.