1/31/09

ADA KE PATUT ?


Al Kisah tersebut kisah aku yang sangat suka memancing kat jeti kayu Kuala Pontian. Di situ rupanya lubuk Sang Siakap. Apa taknya sejak tahun 2007, bermula seawal April aku dah mula berulang ke lubuk tersebut. Nak tau kenapa ? Ya... sebenarnya sekurang-kurangnya 6 kali tali pancing aku putus dikerjakan Sang Siakap. Yang dapat sekor je.. kecil pula tu.


Tahun 2008 ketika adik ipar kawe bertandang dari KL aku pun apa lagi terus ajak di menduga di lubuk tersebut tetapi pada sebelah malam. Setibanya kami, di situ telah ada 2 orang pemancing yang nampak bayangan hitam dalam kesamaran cahaya lampu lilin. Mereka pancing dari atas jeti sebaliknya kami turun ke bawah kononnya nak casting siakap. Sedang asyik casting, aku merasakan ada tali pancing tersangkut pada joranku lalu aku menariknya. Sah tali pancing. Yang peliknya setelah diperiksa tali itu nampaknya kendur. Aku pun memberitahu iparku yang tali itu yang pemancing dulu telah tidak digunakan. Setelah dileraikan aku terus melakukan casting. Begitu jua dengan iparku. Selang 10 minit aku lihat beliau menyalakan lighter dan memotong taling pancing tadi yang tersangkut pula pada jorannya. Selang 15 minit, aku lihat 2 orang pemancing atas jeti kayu bergerak beredar dari situ tanpa berkata sesuatu. Biasalah tu fikirku... tak de ikan cau je le.... . Sejurus kemudian kami pun turut tinggalkan lubuk itu.


Esok paginya dek kerana ada hal, hanya iparku sahaja pergi ke lubuk tersebut. Sesampainya di sana ada 2 orang pemancing sedang memancing di atas jeti kayu. Dia pun selaku pemancing yang peramah menyapa pemancing tadi. "Ada ikan ke? Tak de.. balas salah seorang dari mereka. Maka bermulalah edisi yang tak ingin saya dengan.... kata salah seorang pemancing tu, "Semalam tali joran kami dipotong oleh seorang pemancing yang turun memancing di bawah! Tak patut betul. Kalau ye pun tali pancing berbelit berilah tahu boleh kami bantu leraikan. Ini tak terus dipotong". Iparku berasa serba tak kena. Apa lagi dia pun membalas, "Ye le, tak patut dia buat macam tu' . Lepas tu mereka termasuk iparku tadi mulalah mengutuk perbuatan memotong tali joran itu. kata mereka yang potong tu pakai kereta honda stream.


Yang tak patut lagi, iparku itu balik cerita pada aku peristiwa dia mengutuk aku yang dianggap memotong tali joran oleh 2 pemancing tadi. Aku termenung sejenak dan membuat kesimpulan berikut: "Aku seorang cikgu takkan tergamak melakukan perbuatan tersebut". Tapi malangnya mereka (2 pemancing tadi) terus mengecop aku tidak beretika. Dalam pada itu mereka sebenarnya tidak kenal pun aku. Selamatlah maruah aku sebagai pemancing. Begitulah adanya...

1/30/09

PKKP YANG TERLAMPAU


Program PKKP telah dijalankan apabila kawe menjejakkan kaki ke negeri Mat Kilau ini. Sepanjang melaksanakannya bermacam-macam hal yang dialami oleh semua warga pendidik khususnya di Pahang. Sebenarnya PKKP merupakan satu langkah bijak khususnya bagi merealisasikan slogan "if we fail to plan we plan to fail". Penetapan matlamat atau "goal" dalam pendidikan sangat penting. Maka dalam penyediaan Headcount (HC2) sibuklah guru-guru subjek berbincang dalam panatia mata pelajaran bagi menetapkan berapa jumlah pelajar yang boleh mencapai gred A, B, C dan D. Tiadanya abjad E (untuk pelajar gagal) dalam PKKP menjadi titik tolak bahawa program ini tidak berpijak di bumi nyata. Atau PKKP tersalah tempat dilaksanakan di sekolah harian biasa? Apa hinanya jika kita menerima kenyataan kehidupan bahawa tiada semua manusia dilahirkan untuk berjaya? Begitulah juga pelajar kita. Mereka mungkin berjaya dalam bidang lain. Janganlah kita bersedih dek kerana ada segelintir pelajar gagal. Kita puas berusaha tetapi kegagalan seolah-olah begitu dekat dengan mereka. Mereka inilah yang rajin menegur kita di luar sebaliknya yang cemerlang hanya cemerlang akedemik tetapi kurang rohnya.


Balik kepada tenaga pengajar di sekolah bahawa kita tahu mereka semua adalah profesional dalam bidang mereka. Mereka cukup memahami pelajar mereka. Baik yang cemerlang maupun yang masih merangkak membaca biarpun di bangku sekolah menengah. Kenapakah mereka ini dinafikan dalam menentukan kaedah atau merancang sendiri program untuk sekolah masing-masing. Tidakkah ini akan memberi mereka peluang merangka program sendiri sesuai dengan kebolehan dan persekitaran pelajar mereka ? Kenapa mesti implimentasikan program yang sangat sesuai untuk pelajar asrama penuh itu ? Cuba renungkan bahawa pelaksanaan PKKP di sekolah harian biasa menyebabkan PKKP boleh dianggap gagal. Hakikatnya jelas apabila keputusan peperiksaan sebenar dikeluarkan oleh LPM. PKKP cukup baik tetapi kenapa begitu jadinya ? Apa perlu kita pendidik lakukan ?


1/11/09

Memancing di Ampangan Sepayang


Assalamualaikum,


Hai kesibukan, tak sempat untuk menulis blog ni. Namun begitu cuba gak la meluangkan masa memandang dah ada kawan-kawan yang menjengok blog saya ni. terima kasihlah .. yr.

Ha nak tau nilah keje buat saya masa cuti tahun baru cina baru ni. Saya dan anak lelaki saya pergi memancing kat tengah ampangan di sepayang ni. Hasilnya dapatlah ikan toman,baung dan belida. Kalau dah kaki pancing. pantang ada luang memancing la,

lagi-lagi kisah memancing..


Di pondok nilah kami bermalam untuk memancing. Apa yang syok anak-anak kawe memancing menerusi lubang lantai pondok ni saja sudah dapat ikan. Emm. perjalanan kesini naik sebuah bot. lebih kurang 15 minit je dari daratan. sebenarnya ramai orang dari merata tempat berkunjung ke sini. Tapi saya baru kali pertama sampai sini.

SELAMAT DATANG

Selamat datang ke blog saya . Diharapkan semoga pembinaan blog ini akan membolehkan kita bertukar tukar fikiran tentang pelbagai hal terutama berkaitan pendidikan.