5/20/09

KAEDAH P&P UNTUK PELAJAR POTENSI

Assalamualaikum.....
Minggu lepas saya tidak masuk ke kelas tingkatan 3F kerana menghadiri satu mesyuarat di Genting Highland anjuran JPNP. Rasa macam lama sangat tak berjumpa pelajar 3F ni. Berbekalkan semangat itu, pada satu hari saya pun melangkahkan kaki penuh semangat menuju ke Tingkatan 3F. Lagi pun mood hari guru masih membara. Malangnya pabila saya nak mulakan P&P, kelihatannya pelajar mcm tak bergerakbalas dengan tindakan cikgu. Apakah mereka ini sudah melupakan semua yang aku dah ajar pada mereka dek kerana tak masuk 3 masa P&P ? Kenapa pula kelas lain responnya berbeza ?

Saya mengambil beberapa kesimpulan daripada peristiwa tersebut :

1. Pelajar potensi perlu diberi sepenuh perhatian dalam P&P
2. P&P terhadap kumpulan ini MESTI berterusan dan tidak boleh ada gangguan.
3. Tahap kesedaran tentang kepentingan untuk belajar secara kendiri hampir tiada langsung.
4. Guru yang paling cemerlang (GC) perlu dikerah ke kelas pelajar kumpulan potensi.
5. Kaedah P&P perlu pelbagai dengan bantuan banyak gambar / grafik.
6. Menghabiskan sukatan bukan objektif utama untuk mereka.
7. Kegagalan mereka bukan kerana faktor bahan tetapi sikap mereka terhadap pelajaran.
8. Cikgu yang berjaya ubah sikap mereka memang GC sebenar.
9. Pelajar ini tidak perlu belajar subjek kritikal yang mereka tidak mungkin lulus .
10.Kita guna kaedah memberi tumpuan kepada apa yang mereka mampu buat.
11.Kita terpaksa terima bahawa kalau semua bijak (lulus 100% spt dalam PKKP) sape nak kerja
kat INDAH WATER @ MDR ? kETETAPAN AZALI ADANYA .....

Walau bagaimana pun kita sedar bahawa mereka tidak kurang berbanding pelajar lain dari segi emosi, fizikal dan mental. Jadi apa sebenarnya masalah mereka ini. Kajian tindakan lagi nampaknya..

1 comment:

mantan said...

Shimmee,
Kajian tu memang kena buat, berterusan. Tak payah buat yg susah-susah. Buat dlm skop & skala yg kecil dan ringkas aje, tapi sesuai. Tetap ada dapatan yang boleh buat tindakan susulan.

Budak-budak yg low achivers ni mungkin bukan lemah tetapi late-staters atau fail to launch.

Budak-budak macam ni mungkin kinestetic intelligence lebih aktif dan ini yang perlu diberi perhatian. Perlu diberi stimulasi yang sesuai. (Kena betul geleteknya tu!)

Mereka juga jadi berguna jika betul penerapan nilainya.