4/30/09

KAJIAN TINDAKAN DALAM P&P

Kajian tindakan sebenarnya telah lama kita dengar dan ada antara kita yang telah melaksanakannya. Pengamalan budaya membuat penyelidikan dalam pendidikan sebanarnya amat berfaedah. Namun demikian setiap permasalahan yang dihadapi perlu dikenalpasti dan satu instrumen penilaian yang tepat menjurus kepada masalah tersebut perlu digubal dan dibuat persampelan.

Saya sebenarnya agak teruja juga dalam hal ini. Hal demikian kerana subjek SEJARAH telah menjadi subjek killer pada 2007 walaupun ada peningkatan ketara pada SPM tahun 2008. Apa yang nak dikaji ialah faktor kegagalan pelajar menguasai content subjek ini. Jadi dalam hal ini mungkin ada masalah pengajaran dan juga pembelajaran dalam kalangan pelajar. Antara faktor yang mungkin menjadi penyebab kepada peratus kegagalan yang tinggi ialah kaedah dalam P&P. Jadi kita sama renungkan.....

6 comments:

kembara kelana said...

mie
kajian tindakan ada dua style..style amerika dan style UK. Style US ni lebih simple....macam rosmah onong punya...tetapi IAB dan U semua suka style US...sampai 10 11 step.
sebenonya KT ni tak susah..cuma disusahkan oleh pemikiran kita saja...KT juga boleh guna dua dua method..kualitatif dan kuantitatif.

mantan said...

Shimmee,
Memang bagus kalau ada usaha untuk melaksankan Kajian Tindakan di sekolah.

Kajian Tindakan (KT) sesuatu yang berguna sebagai kaedah membantu menyelesaikan masalah yang timbul di sekolah, bukan sahaja dalam bidang kurikulum malah mencakupi seluruh persekitaran sekolah, pengajaran dan pembelajaran. Terdapat pelbagai kaedah pelaksanaannya yang disesuaikan mengikut keperluan.

KT berguna di sekolah, kerana:-

- KTsesuai untuk mengkaji apa-apa isu yang berkaitan dengan sekolah.

- KT ialah suatu alat/kaedah yang versatil dan mudah dilaksanakan.

- KT menggalakkan saling pererfahaman dan berkongsi pendekatan.

- KT dapat menggubal tindakan-tidakan untuk perancangan penyelesaian persekitaran sekolah yang khusus dan boleh mencapai kejayaan.

- KT yang mereka rancang sendiri, menyebabkan ahli-ahli dalam komuniti sekolah lebih komited dan berkongsi tindakan.

- KT dapat dibuat dengan lebih teliti dan terperinci melalui kitaran kajian yang berterusan.

- KT mencetus rasa kesepunyaan terhadap perubahan dan diuruskan oleh yang terlibat.

- KT boleh turut melibatkan pelajar, guru, pengetua, ibu-bapa dan komuniti sekolah.

- KT membina koloborasi yang akan membena kepercayaan, keyakinan dan sokongan.

- KT boleh bermula dengan skala yang kecil dan akan berkembang mengikut masa.

- Melalui KT, bantuan kepakaran dan tenaga luar boleh diundang bersama.

Kaedah pelaksanaannya pun pelbagai.

HASHIMME OMAR said...

Terima kasih kepada simantanguru dan kembara kelana. saya menyentuh perkara ini kerana pihak sekolah diarahkan menyiapkan KT khususnya guru yang hadir kursus KT. Kerja diminta. Akhirnya KP minta tolong. Jadi itu macam kena survey pakar yang berpengalaman. Saya akan cuba buat KT tentang kemeruduman keputusan Sejarah SPM 2007 walaupun 2008 GPS sejarah meningkat. "Penguasaan Mata Pelajaran Sejarah di peringkat SPM kurang memuaskan kerana kaedah P&P tidak berkesan". Tajuk ini saya akan cuba buat KT. Kalau simantan, kembara kelana dll bloger dapat beri idea teramatlah dihargai.
TQQQQ

mantan said...

Shimmee,
Tengok contoh kajian tindakan di:

http://jpnperak.edu.my/portal/download/Kajian Tindakan Web/2005/rumusan/Kemanusiaan/4_smk_sri_tapah.pdf

Faris said...

KT memang mempunyai pelbagai versi. Jika diikut contoh yang disyorkan oleh EPRD, KPM agak mudah dan santai. Lebih berbentuk deskriptif dan kualititatif. Tak perlu instrumen/soal selidik, just cukup dgn pemerhatian, temubual dan hasil kerja. Semuanya mesti melengkapi kitarannya. Jika satu kitaran tidak mencukupi untuk menyelesaikan masalah, kitaran tersebut boleh diulangi lagi utk kali kedua, ketiga dan seterusnya sehingga rasa puas hati.

mantan said...

Shimmee,
Selamat hari guru, esok.
Semoga tetap guru.