9/24/09

SELAMAT PERGI DAN SELAMAT KEMBALI


Aidil fitri pun berlalu meninggalkan saki-baki bulan syawal yang mungkin boleh kita sama sama raikannya bersama kawan-kawan setelah masing2 pulang dari beraya di kampung.  Perjalanan pulang kami sekeluarga dari Kelantan ke Rompin berjalan lancar dan tiada kejadian cemas yang dialami.  Cuma ingatan ku terhadap 2 kemalangan di Rompin tempoh hari masih menghantui.  Kemalangan yang mengorbankan nyawa itu baru saja berlaku bila kami melintasi jalan dari Rompin ke Kuantan pada hari Khamis sebelum sekolah cuti.  Malang tidak berbau.  Kita mungkin menganggap kemalangan tidak boleh berlaku kepada kita kerana kita berhati2.  Pandangan ini mungkin ketinggalan kerana ada segelintir pemandu seperti dikejar hantu.  Memotong Q, Pandu dengan cara berbahaya, tidak patuh peraturan dan macam2 lagi.  Ini semua menyebabkan kita pun turut nak marah.  Ha...ingat jangan jadi seperti mereka. kerana apa?  Kitakan CIKGU.  Pandulah dengan cermat.  Selamat kembali ke destinasi masing2.

2 comments:

mantan said...

C Shimmee,
Maaflah, semalam tak sempat penuhi undangan tu. Dah lewat balik dari Kuantan.

HASHIMME OMAR said...

Tidak mengapa .. Bukan rumah terbuka lagi cuma nak sambung beraya kat sini je. Nanti rumah terbuka saya panggil kena datang la kot...