6/7/09

KIOSK MAKLUMAT PSS SMK.ROMPIN

Antara perancangan yang sedang dijalankan oleh unit PSS iaolah mewujudkan perkhidmatan KIOSK MAKLUMAT PSS. Jutaan terima kasih kepada Utz Ab Aziz selaku YDP PIBG SMKR kerana menyalurkan bantuan kewangan untuk menjayakan projek ini. Semua K.Bidang telah dimaklumkan yang mana setiap bidang akan diberi sebuah KIOSK untuk diuruskan di bawah bidang masing.

Penyelaras KIOSK untuk bidang telah dilantik di dalam mesyuarat PSS 2 minggu lepas dan spesipikasi tugas telah dimaklumkan. Mereka perlu menyediakan satu perisian yang membolehkan bahan P&P dan segala macam maklumat mengikut mata pelajaran dimuat turun ke dalam PC (KIOSK). Pelajar hanya perlu pilih 'button' yang dikehendaki dan maklumat berkaitan akan dipaparkan. Banyak lagi NILAI TAMBAH akan disediakan untuk kemudahan pelajar supaya menggunakan KIOSK dengan maksima.

Perancangan sememangnya dah ok tetapi pelaksanaannya perkara lain pula. Namun bagi saya perancangan sahaja yang dapat menjayakan sesuatu projek. IF WE FAIL TO PLAN WE PLAN TO FAIL.

3 comments:

mantan said...

Shimme,
Wah,bagus tu!. Ada koisk. Mendorong pelajar untuk menambah ilmu.

Teringat saya pada tahun 80-an, kami (JK Perpustakaan) membina "pondok bergerak, beroda empat". Dibuat macam gerai menjual akhbar dan majalah. Bahan bacaan disusun dan di gantung. Pada waktu tertentu ada pelajar yang menolak "gerai buku" ke tempat-tempat strategik. Demikianlah kami "menjaja" ilmu, percuma!

Kalau dibuat seperti itu pada masa sekarang, tentu melucukan. Tapi pada waktu itu, cara itulah yang kami mampu. Namun ia tetap memberi faedah kepadapelajar.

kembara kelana said...

mie...
sejak pengetua baru ni kau semakin aktif...macam kena rasuk ...hahahaha gurau jer mie...jangan marah..terima kasih tidak merisaukan aku dalam entri 18 purnama aku tu..

HASHIMME OMAR said...

Idea cg wahab memang menarik walaupun pada ketika era teknologi sekarang. Rasa semacam sangat manarik dan berseni (kreatif). Saya lihat di SMK p. Jaya dah buat geraqi macam tu. Cuma bahan yang nak dijual tak pastilah pula tapi good idea. Saya akan cuba selepas KIOSK ini. Sementelahan PSS dah berterabur disekitar sekolah.