3/31/09

ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Membiacarakan pasal ICT dewasa ini sepatutnya ia tidak ada masalah lagi. Ini ekoran tindakan kerajaan membekalkan pelbagai peralatan dan perisian pendidikan ke sekolah. Namun penggunaannya jauh dari hasrat kerajaan. Banyak peralatan rosak kerana tidak digunakan. Kenapa hal sedemikian berlaku pada masa dimana guru-guru mengeluh dek kerana terlalu banyak tugasan di sekolah ?

Mereka ini perlu ambil manafaat daripada lambakan peralatan dan bahan ICT bagi memudahkan kerja P&P. Hanya guru yang selalu menggunakan kemudahan ICT yang tahu bertapa mudahnya P&P dengan ICT. Mereka kalau boleh nak berakar di bilik tayangan / Bikil Multimedia. Tapi sebenarnya kita simpati kepada mereka yang belum celik teknologi. Bagaimana nak bantu mereka ?

3/30/09

OPERASI PENCERAPAN MEGA

Besok hari Selasa bersamaan 31 MAC 2009, satu operasi pencerapan besar-besaran akan di adakan di SMK. Rompin. Tindakan ini adalah ekoran daripada terdapatnya satu fax yang mahukan laporan pemantauan proses P&P Februari dan Mac dihantar ke PPD oleh penyelaras daerah pada kadar yang sangat segera.

Pencerapan berfokus mungkin dibuat bagi tujuan mengesan kelemahan dalam sesuatu bahagian. Seingat saya sejak 1998 berada di SMK. Rompin hanya sekali pencerapan dibuat terhadap saya oleh KB tetapi hasilnya tidak dilapor kepada saya. Bagi guru-guru lain mungkin banyak juga kerana ada jadual disediakan.

Pencerapan proses P&P sebenarnya sangat baik tetapi teknik pencerapan perlulah tidak meninggalkan tekanan (stress) kepada guru. Hal demikian dapat dikurangkan dengan kaedah pemantauan guru mestilah oleh guru yang lebih senior. Jangan yang junior cerap yang senior. Haru jadinya. Kita tahu bahawa P&P banyak teknik boleh diaplikasikan. Penggunaan ICT sangat digalakkan tapi tiada kesepakatan dalam hal ini. Yang buat power point tak nak pinjamkan kepada yang lain kerana katanya dia bersengkang mata buat, orang lain mana boleh begitu mudah nak ambil. Ha.... ini satu situasi. Berlawanan dengannya ada guru yang langsung tidak sudi menggunakan ICT. Biasanya guru-guru yang dalam era lama. Katanya kaedah tradisional pun pelajar ramai cemerlang.

Saya merasakan satu usaha bersepadu perlu dibuat dan persepakatan di dalam panatia perlu dibuat dalam menyediakan BBM. Dengan peruntukan sedikit peruntukan nescaya guru rajin buat BBM. Bukan nak duit tapi itulah pengiktirafan yang perlu kepada anak buah... TQ

3/28/09

PEMIMPIN DAN KEPIMPINAN

Perhimpunan UMNO telah berlalu dan keputusannya semua telah diketahui. Perubahan hingga ke akarumbi akan dilaksanakan boleh dikatakan retorik semata. Ini kerana pemimpin yang dipilih masih ada yang "tidak bersih".

Bahananya juga berlaku pada hari ini di Rompin. Semua guru sebuah sekolah telah berpakat tidak hadir ke sekolah pada hari ini kerana memprotes GB. Kejadian begini jarang berlaku sebenarnya. Namun demikian ia telah berlaku. Antara sebab berlaku kejadian memprotes ini ialah kegagalan GB dalam kepimpinannya. Kegagalan bermuhasabah pada setiap tindakbalas orang yang dipimpin serta kegagalan menggunakan akal minda yang dianugerah allah swt. Siapakah yang hendak dipersalahkan ? Perkara ini sebenarnya merugikan anak MELAYU juga. Jadi pada mereka yang perihatin tolonglah jenguk masalah ini. Takkan nak tunggu KPM atau JPNP ? Kejadian begini tidak pernah berlaku sebelum ini.

3/27/09

BADMINTON VS WOODBALL


Dua jenis permainan ini menjadi pilihan aku untuk bersukan pada sebelah petang. Namun begitu kalau pilih satu ada pula disana menunggu dan kalau pilih satu lagi di sini pula menanti. Tapi bagiku permainan yang paling sesuai bagi orang sebaya macam saya ni woodball sahaja. Setakat ini permainan ini tidak pernah mencederakan otot dan sendi kaki aku. Cukup baik untuk untuk semua kerana setiap sesi permainan 2 jam melibatkan jarak jalan kaki dalam 6 hingga 7 km.

Badminton pula 20 minit main sakit urat 4 hari. Ini cerita kawan kita Cikgu BOB. Permainan yang aggresif ini sebenarnya boleh dikatakan tiada nilai estatika atau seni. Cedera bolehlah. Jadi apa kata kita pakat-pakat pi main WOODBALL.

DG 41 KE DG 44

Ini merupakan satu perkara yang sedang menganggu fikiran aku kerana ada member dah dapat surat tapi aku masih menunggu. Dari segi kelayakan semua ada. Yang SPP suka melambat-lambatkan urusan ni nape ye... Takkan nak pergi ke SPP ! Dengar khabar gurtu PJJ ada sistem 7 + 3. Jadi kalau nak kira dah 3 tahun overdue. Sememangnya gunung dikejar takkan lari tapi penanti an itu satu penyeksaan. Mengikut pengerusi KPPK Pahang, Sdr Kamalrulzaman setakat ini tiada habuan untuk mereka yang membuat SARJANA. Satu skim gaji baru terpaksa dibuat untuk itu. Jadi aku pun tak perlu buat master lagi KIV sehingga ada berita gumbira. Ok ke?

3/19/09

KAMI MEMIMPIN

Tajuk saya pada kali ini merupakan imbasan kembali ketika aku dan sekumpulan guru dari pelbagai ceruk tanah air menuntut di Universiti Sains Malaysia. Kenangan semasa belajar sangat menarik sehinggakan kalau boleh ingin aku ulangi kembali. Mungkin perasaan ini sama juga kepada pelajar lain.

Isu yang akan ku kemukakan bukan bertujuan memperkecilkan sesiapa yang mengambil jurusan tertentu jauh sekali kepada isteri tersayang yang sedang membuat program SARJANA . Bercakap mengenai pemimpin dan kepemimpinan maka kita semua tahu kaitannya amat rapat dengan pentadbiran. Semua yang mentadbir dianggap pemimpin. Baik di mana mereka, semua dilahirkan sebagai pemimpin.

Di USM, pada ketika itu tiada jurusan pentadbiran pendidikan secara khusus namun melihat kepada slogan USM "KAMI MEMIMPIN" semua pelajarnya dianggap sebagai pentadbir / pemimpin. Jadi di mana perlunya kita melanjutkan pelajaran dalam pentadbiran di peringkat yang lebih tinggi jika mereka yang tidak mempelajarinya juga boleh memimpin ? Bukti menunjukkan para guru yang telah selesaikan SARJANA dalam bidang pentadbiran hanya memimpin seperti mereka yang tidak mempunyai sarjana. Kenapa hal sedemikian berlaku ?

Berdasarkan pentaksiran 4 PINTU JAUHARI , manusia ada empat kategori iaitu Mereka yang tidak tahu mereka tidak tahu, Mereka yang tidak tahu mereka tahu, Mereka yang tahu mereka tidak tahu dan mereka yang tahu mereka tahu. Saya meletakkan bahawa guru yang mempunyai SARJANA dalam kalangan Mereka yang tahu bahawa mereka tahu manakala guru yang tiada sarjana tetapi baik kepimpinannya ialah mereka tidak tahu bahawa mereka tahu. Dalam hal ini kesan kepada organisasi adalah sama sahaja namun yang memiliki SARJANA semestinya mereka lebih BERKEYAKINAN, BERKETERAMPILAN DAN mungkin dikagumi.

3/10/09

BAGAIMANA JAWATANKUASA INDUK PUSAT SUMBER BERPERANAN


Jawatankuasa Induk PSS adalah merupakan satu jawatankuasa penting dalam merancang program yang bakal dilaksanakan oleh PSS. Setakat ini untuk sekolah SMKR, semacam ada yang tidak kena. JK induk yang terdiri daripada KB dan KP semacam tidak berperanan dalam JK tersebut. Aktiviti PSS kelihatannya begitu terasing dan hanya diuruskan oleh beberapa orang guru yang secara kebetulannya berada dalam AJK Kerja PSS.


Esok 10 MAC 2009, Mesyuarat JK Induk Pertama, sebagai GPM yang dilantik khas diluar norm dan mengajar (6 hingga 8 masa ikut pekeliling terkini KPM / BTP) aku perlu buat sesuatu... Budaya lama mesti dikuburkan. Segala program PSS sebenarnya telah ku rancang dengan teliti. Tahun ini apa yang ku rancang mesti dijelaskan kepada semua AJK INDUK PSS dan mereka seharusnya akur dengan program yang dirancang. Kenapa pula ? Yea... kerana membuat perancangan untuk PSS sebenarnya tugas JK Induk. Jadi apabila diterima AJK Kerja PSS akan melaksanakan. Penglibatan semua guru dalam menjalankan aktiviti PSS ku lihat kunci kepada kejayaan PSS yang cemerlang.


Sehingga 2008, PSS SMKR hanya berjaya mendapat 4 bintang sahaja. Kenapa tidak 5 ? Pasti ada yang tidak betul. Pastinya pelaksanaan PROGRAM NILAM.... INI BERAT... Kawan-kawan ada idea atau sekadar tidak ambil peduli di sekolah masing-masing ?

3/9/09

KHUTUBKHANAH DAN PERANAN DALAM P&P


Khutubkhanah. Ada kemungkinan besar ramai generasi kini tidak pernah mendengar perkataan ini. Namun begitu dalam kalangan guru rata-rata arif tentang istilah ini tetapi ramai yang tak arif tentang fungsinya.

Dewasa ini nama khutubkhanah telah mengalami tranformasi sesuai dengan perubahan zaman. Daripada perpustakaan kepada pusat sumber sekolah. Namun demikian kesedaran tentang peranannya dalam P&P sangat jauh dari kehendak KPM. Ada pusat sumber dijadikan tempat membawa pelajar ketika guru ganti mengambilalih P&P, tempat melonggokkan pelajar yang tidak mengambil subjek tertentu, dan tempat guru membawa pelajar ketika mereka merasa 'malas' nak mengajar.

Sebenarnya tindakan semua guru di atas tidak salah cuma yang salahnya 'niat' mereka. Guru-guru perlu menegaskan kepada pelajar bahawa kehadiran mereka ke PSS bukan sekadar menghabiskan masa sebaliknya akktiviti membaca yang mereka lakukan itu sangat bermanafaat. Pelajar pun tak tahu apa mereka buat tu sangat baik iaitu membaca. Jadi apa pun alasan guru membawa pelajar ke PSS, mereka perlu mempunyai niat (matlamat) yang murni iaitu membudayakan aktiviti membaca.