Setelah 6 bulan banglow walit dibuka hanya 1 sarang berjaya dibina oleh penghuninya. Adakah mereka ini mulai malas buat sarang ? Atau datang nak bertelur pada sarang tiruan tu ? Bagi pemilik bangloo burung walit sudah tentu banyak jawapan yang boleh diberi namun pada hemat saya perkara yang perlu diperbetulkan ialah seperti berikut :
1. Pastikan suhu dan kelembapan sesuai
2. Jangan bermimpi burung nak buat penempatan jika persekitaran masih berbau simen @ berdebu.
2. Jangan buka bunyi dan terus tinggalkan tanpa pengawasan.
Itu je tips untuk kali ini.... sekian sahaja terima kasih
8/22/11
3/16/11
INDUSTRI BURUNG WALIT
SUP SARANG BURUNG
Alhamdullillah berkat usaha dan kerjasama rakan rakan maka siaplah sebuah bangloo untuk burung-burung yang berterbangan di awan sana. Lantaran kesian menengok mereka tiada tempat menginap maka aku dan rakan sepakat membantu mereka untuk membantu kami juga sebenarnya. Sehubungan dengan itu, tercetus juga dimindaku untuk berkongsi pendapat dan ilmu berkaitan dengan industri ini. Aku bercadang memaparkan semua gambar proses pembinaan (luar dan dalam) guna untuk membantu mereka yang berminat membantu burung walit supaya burung walit membantu mereka pula.
Setelah 5 hari beroperasi kelihatannya amcam ada unggas itu masuk untuk menginap secara percuma. Tapi pada peringkat ini mereka belum lagi berteman. Kita harap lekaslah mereka mencari pasangan dan bawa masuk dan buat sarang. Itu baru tolong menolong katakan. Alhamdullillah sudah ada kesan mereka menghuni di bangloo itu. Adakah kemungkinan bangloo baru akan terbina sebelahnya ?? Kita tunggu dan lihat.
Akhir sekali kepada semua yang berminat dengan burung walit, nantikan gambar bersiri proses pembinaan Asrama burung walit...... wassalam
9/6/10
BERAYA BERSAMA GURU SEJARAH
Assalamualaikum.... Kepada semua pelajar Tingkatan 5 yang masih berada di Rompin sukacita dimaklumkan bahawa Program Beraya Bersama Sejarah akan diadakan pada masa cuti ni . Maklumat lanjut sila hubungi Nor Syahirah Ahmad Rahman (5A). Selepas raya juga boleh diadakan kelas sebelum sekolah buka semula. Bersedia untuk Percubaan SPM khususnya subjek Sejarah yang memang bersejarah.
5/12/10
PENGAJARAN BERPUSATKAN PELAJAR
Tajuk ini sememangnya tidak asing lagi kepada kalangan guru-guru yang dah lama berkhidmat dalam dunia pendidikan. Guru dalam kes ini bertindak sebagai pemudah cara manakala pelajar belajar mencari maklumat secara samada individu atau berkumpulan. Hasilnya dibentangkan dan guru bertindak membuat penegasan kepada hasil pembelajaran tadi. Namun demikian hasil pemerhatian dan pelaksanaan kaedah tadi, ianya seolah-olah hanya sedap didengar. Ia baik dilaksanakan di kelas pelajar cemerlang. Pelaksanaan di kelas pelajar sederhana dan potensi agak kurang memberangsangkan. Kaedah masih boleh dilaksanakan tetapi guru berhadapan dengan masalah kekangan masa untuk menghabiskan sukatan pelajaran. Bagaimana cara terbaik nak aplikasi studen centrik ini ?
4/15/10
SLEEPING PETTERN
Diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu bermaksud "corak tidur ". Lawak juga tu... Sesiapa yang ada maklumat boleh berkongsi....
4/1/10
SESAT DIHUJUNG JALAN KEMBALI KE PANGKAL JALAN
Alkisah maka tersebutlah kisah hijrah yang dilakukan oleh Pusat Sumber Sekolah SMK. Rompin pada awal tahun 2009 telah gagal membawa perubahan kearah yang lebih BAIK. Hal demikian berlaku kerana semua warga sekolah berpendapat lokasi di TINGKAT 3 memang tidak sesuai. Namun kita semua tahu bahawa niat HIJRAH pada peringkat awalnya memang BAIK. Namun pengisian kepada agenda menjayakan misi hijrah gagal dilaksanakan dengan berkesan oleh warga SMK.Rompin. Menurut sumber rasmi, hanya 4 orang guru sahaja yang pernah membawa pelajar untuk menjayakan PROGRAM NILAM di sana sedangkan jadualnya PENUH. Siapakah yang bersalah ? Salah buat keputusan ke? atau cikgu yang tidak mahu ikut JADUAL yang disediakan. Namun semua permasalahan itu akan terungkai pada tahun ini.
Kedatangan pengetua baru seolah memberi sinar kepada usaha Pusat Sumber menjadi pusat kepada segala aktiviti pembelajaran. Mengikut pendapat Tuan Haji Mohamed Saballah, beliau mahukan sebuah pusat sumber yang dikunjungi pelajar dan guru. Kalau cantik / sistematik tetapi tiada pengunjung nak buat apa... Begitulah antara perbualan saya dengannya. Saya bersyukur kerana kesilapan lalu ada yang sanggup perbetulkan. Semoga keputusan yang bakal dibuat PALING TEPAT. Yang pasti HIJRAH KE DUA ke tempat yang lebih STRATEGIK. HIDUP PSS SMK. ROMPIN. Pusat Sumber Sekolah Kita, Tanggungjawab Kita".
Kedatangan pengetua baru seolah memberi sinar kepada usaha Pusat Sumber menjadi pusat kepada segala aktiviti pembelajaran. Mengikut pendapat Tuan Haji Mohamed Saballah, beliau mahukan sebuah pusat sumber yang dikunjungi pelajar dan guru. Kalau cantik / sistematik tetapi tiada pengunjung nak buat apa... Begitulah antara perbualan saya dengannya. Saya bersyukur kerana kesilapan lalu ada yang sanggup perbetulkan. Semoga keputusan yang bakal dibuat PALING TEPAT. Yang pasti HIJRAH KE DUA ke tempat yang lebih STRATEGIK. HIDUP PSS SMK. ROMPIN. Pusat Sumber Sekolah Kita, Tanggungjawab Kita".
12/27/09
PENYELENGGARAAN BLOG
Sukacita dimaklumkan bahawa saya sedang membuat beberapa perubahan terhadap blog sempena menyambut tahun baru 2010. Bukannya apa. Kalau ada kawan-kawan bertandang adalah juga kelainan. Asyik serupa je dah setahun. Disamping tu kepada semua kawan-kawan blogger yang lama dan baru.... SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU.... Semoga lebih bersemangat pada tahun ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)



