9/24/09

SELAMAT PERGI DAN SELAMAT KEMBALI


Aidil fitri pun berlalu meninggalkan saki-baki bulan syawal yang mungkin boleh kita sama sama raikannya bersama kawan-kawan setelah masing2 pulang dari beraya di kampung.  Perjalanan pulang kami sekeluarga dari Kelantan ke Rompin berjalan lancar dan tiada kejadian cemas yang dialami.  Cuma ingatan ku terhadap 2 kemalangan di Rompin tempoh hari masih menghantui.  Kemalangan yang mengorbankan nyawa itu baru saja berlaku bila kami melintasi jalan dari Rompin ke Kuantan pada hari Khamis sebelum sekolah cuti.  Malang tidak berbau.  Kita mungkin menganggap kemalangan tidak boleh berlaku kepada kita kerana kita berhati2.  Pandangan ini mungkin ketinggalan kerana ada segelintir pemandu seperti dikejar hantu.  Memotong Q, Pandu dengan cara berbahaya, tidak patuh peraturan dan macam2 lagi.  Ini semua menyebabkan kita pun turut nak marah.  Ha...ingat jangan jadi seperti mereka. kerana apa?  Kitakan CIKGU.  Pandulah dengan cermat.  Selamat kembali ke destinasi masing2.

9/3/09

PUSAT KEGIATAN GURU DAN LADAP

Mengikut sumber yang sah bahawa pembinaan PKG di setiap daerah di seluruh negara di Malaysia menelan belanja melebihi RM500,00.00 .  Agensi yang paling hampir dengan PKG ialah BTP, PSPN (BTPN).  Umumnya tujuan pembinaan PKG yang menelan begitu banyak belanja adalah untuk memberi prasarana kemudahan kepada guru, Dari Guru, Oleh Guru, Untuk Guru.  Selaras dengan slogan ini cuba kita perhatikan adakah PKG memainkan peranan sebagaimana slogannya ?  Atau tugasnya telah diambilalih oleh agensi atau jabatan lain ?
Pada hemat saya LADAP atau Latihan Dalam Perkhidmatan yang diwajibkan ke atas semua warga pendidik sepatutnya diuruskan oleh pihak PKG.  Hal demikian kerana kakitangan sememangnya terlatih dalam hal menguruskan sesuatu kursus yang rata-rata berkaitan dengan TEKNOPEN.  Malah jawatan mereka ialah Pegawai Teknologi Pendidikan.  Mereka sepatutnya yang bertindak menjalankan LADAP untuk guru-guru dalam sesuatu daerah.  Peruntukan LADAP yang kini disalurkan terus ke sekolah ada kemungkinan disalahgunakan atau LADAP tidak dilaksanakan dengan berkesan.  Ini menyebabkan hasrat kerajaan GAGAL mencapai matlamat yang dikehendaki.  Ada juga sekolah kecil yang tidak boleh menjalankan LADAP kerana tiada peruntukan kewangan.  Hal demikian menyebabkan sekolah yang bukan pusat PTJ mengalami kemunduran sumber manusia.
Pengunaan PKG sebagai penyelaras kursus LADAP akan menjadikan PKG berfungsi seperti dirancang.  Sekolah yang bukan PTJ dapat sama-sama mengikuti kursus yang dianjurkan.  Kalau kita renung kembali bagaimana kerajaan menyalurkan sebegitu banyak peruntukan kepada BTP, BTPN, PKG,dan PSS sendiri maka penggunaan yang maksimalah yang dapat menjadikan kos yang dikeluarkan menjadi lebih efisyen.