11/12/09

PENGURUSAN BAHAN P&P SECARA BERPUSAT

Apakah yang dimaksudkan dengan pengurusan bahan secara berpusat ?  Sudahkah semua sekolah melaksanakannya atau ia hanya retorik yang hanya sedap didengar ?  Di sini saya nak berkongsi sedikit pengalaman berkaitan dengan pengurusan bahan P&P di sekolah.  Pada hemat saya, pengurusan bahan P&P secara berpusat tidak begitu dilaksanakan di sekolah-sekolah baik sekolah rendah maupun sekolah Menengah.  Kepada yang melaksanakannya memang saya TABIK dan KAGUM.  Bahan yang saya maksudkan bukan hanya bahan buku dan bukan buku yang dibeli dari peruntukan PCG PSS tetapi juga PCG untuk semua panitia mata pelajaran.  Penggunaan peruntukan kewangan untuk panitia yang seharusnya untuk membeli bahan P&P perlu dipusatkan.  KP boleh buat pembelian namun apabila bahan sampai pihak GPM (PSS) perlu memproses bahan tersebut dengan memberikannya NO.PEROLEHAN.  Setelah direkodkan barulah bahan itu diserah kepada KP yang berkenaan untuk direkodkan pada stokm panitia masing.masing.   Kaedah pengurusan bahan berpusat akan membolehkan semua dana yang diperuntukkan dapat dimanafaatkan secara maksima, dikongsi bersama.  Agak malang kalau ada KP yang langsung tak tahu konsep pengurusan bahan ini.  Pemusatan maklumat berkaitan bahan yang dimiliki akan membolehkan proses automasi dilaksanakan dengan berkesan.  Maklumat tentang jenis bahan yang dimiliki juga mudag diperolehi.  Di SMK Rompin sendiri saya sebagai GPM menghadapi masalah berkaitan pembelian bahan oleh panitia.  Ianya tidak berlaku seperti yang dirancang.  Peranan pihak pentadbiaran sangat perlu dalam memantau bagaimana bahan yang dibeli ini diurus.  Bagi membentuk sebuah PSS yang cemerlang, pengurusan bahan P&P perlulah sistematik, terkawal dan berpusat.  Dengan ini semua warga pendidik dapat berkongsi manafaatnya.

      Pemusatan bahan P&P bukan tertakluk kepada bahan bercetak sahaja sebaliknya
semua HARDWARE dan SOFTWARE. 

KENAIKAN PPPLD DARI DG41 KE DG 44


TERIMA KASIH CIKGU....


Assalamualaikum wm.wbt.  Setelah puas menunggu surat lantikan DG44 setelah ke 12 dalam DG41 minggu lepas aku mendapatnya.  Terima kasih kepada semua khususnya kepada kerani yang begitu gigih menjalankan tugas sehingga memungkinkan aku mendapat surat DG44.  Namun demikian ada sedikit kekeliruan dalam penentuan tarikh lantikan ke DG44.  Bagi PPPLD yang dilantik ke DG41 pada tahun 1998 hingga 2000 tarikh lantikannya pada tahun 2009.  Alhamdullillah aku mendapat lantikan pada 1.4.2008....Selamat.  Tetapi kenapa 10 tahun dalam PPPLD tidak dikira 3 tahun PPPLD= 1 tahun DG41? Atau perkara ini hanya diambil kira untuk DG44 ke DG48 ?  Guru guru baru yang masuk DG41 hanya memerlukan 7 + 3 untuk ke DG44.  Mereka ini dah jadi senior kepada sebahagian guru yang lebih lama berkhidmat.  Kalau ada para sahabat yang arif tentang perkara ini diharap dapat memberi fitback untuk tindakan selanjutnya.  Apa pun aku tetap bersyukur dengan apa yang dilimpahinya.

11/2/09

PELANCARAN KEM MEMBACA 1 MALAYSIA PERINGKAT DAERAH ROMPIN

Pada hari ini, 2 November 2009, bertempat di Dewan Semarak SMK. Rompin telah berlangsung Majlis Pelancaran Kem membaca 1 Malaysia. Majlis ini dirasmikan oleh Pn Hajjah Fatimah Bt Awang, Pegawai Pelajaran Daerah Rompin.
Tn Haji Alias, Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah yang mewakili PPD Rompin berharap program membaca sebegini dapat diteruskan bagi membentuk BUDAYA MEMBADA dalam kalangan pelajar. Majlis diserikan dengan persembahan DEKLAMASI SAJAK, PERSEMBAHAN KOIR serta PENTOMIN. Bersama di dalam majlis ini ialah wakil dari sekolah di daerah Rompin seperti MRSM Muadzam Shah, SMK. Chanis, SMK. Bantura, SMK Keratong, SMK Seri Rompin, SMK Pontian jaya, SMK Tanjung Gemuk,SK. Rompin, SK Pontian serta SMK. Muadzam Shah. Kedatangan para pelajar beserta guru mereka telah berjaya memeriahkan majlis tersebut.