5/12/10

PENGAJARAN BERPUSATKAN PELAJAR

Tajuk ini sememangnya tidak asing lagi kepada kalangan guru-guru yang dah lama berkhidmat dalam dunia pendidikan.  Guru dalam kes ini bertindak sebagai pemudah cara manakala pelajar belajar mencari maklumat secara samada individu atau berkumpulan.  Hasilnya dibentangkan dan guru bertindak membuat penegasan kepada hasil pembelajaran tadi.  Namun demikian hasil pemerhatian dan pelaksanaan kaedah tadi, ianya seolah-olah hanya sedap didengar.  Ia baik dilaksanakan di kelas pelajar cemerlang.  Pelaksanaan di kelas pelajar sederhana dan potensi agak kurang memberangsangkan.  Kaedah masih boleh dilaksanakan tetapi guru berhadapan dengan masalah kekangan masa untuk menghabiskan sukatan pelajaran.  Bagaimana cara terbaik nak aplikasi studen centrik ini ?

2 comments:

Pishaposh said...

Salam.

Saya kira ini merujuk kepada OBE - outcome base education? - peralihan daripada teacher-centered kepada student centered. Mengikut apa yang disarankan MOHE, pendekatan ini akan diguna pakai sepenuhnya di semua universiti-universiti awam pada 2013.

Saya bersetuju, dgn kekangan sukatan pelajaran yang berorientasikan exam-oriented, mungkin sedikit sukar utk dilaksanakan di sekolah2. Tapi, utk pelajar univ, mungkin satu pendekatan yg baik.

Namun, guru2 mungkin boleh berdikit2 dalam melaksanakan kaedah ini di sekolah2 -- mungkin, seperti pelajaran sejarah? - sebelum dimulakan, minta pelajar mencari maklumat dan kongsikan di kelas. Mohon pandangan mereka. Terima saja, jgn dikritik dulu - kemudian, guru boleh guide jawapan pelajar. Dan, pelbagaikan kaedah pengajaran - video, blog, debat. Semua ini boleh diterapkan di sekolah supaya apabila mereka masuk ke universiti, perkara2 ini tidak asing kepada mereka ...

Panduan aktiviti? - Gunakan Bloom's Taxonomy dan 3 domain utama - Cognitive, Affective dan Psychomotor.

Mungkin sukar, tapi tak mustahil, kan?

2 kupang dari saya =)

HASHIMME OMAR said...

Tq Satu komen yang baik dan positif terhadap kaedah yanag menjurus kepada student centred. Sebenarnya saya terima kaedah ini sangat baik terutama dalam P&P Sejarah misalnya. Perlu diingatkan kaedah di SBP sgt berbeza dengan Sekolah harian biasa. Kajian perlu dibuat oleh pihak tertentu dalam perkaedaan P&P di 2 jenis sekolah ini. Hasil analisisnya boleh disalurkan kepada guru2 bagi membantu mereka.