9/3/09

PUSAT KEGIATAN GURU DAN LADAP

Mengikut sumber yang sah bahawa pembinaan PKG di setiap daerah di seluruh negara di Malaysia menelan belanja melebihi RM500,00.00 .  Agensi yang paling hampir dengan PKG ialah BTP, PSPN (BTPN).  Umumnya tujuan pembinaan PKG yang menelan begitu banyak belanja adalah untuk memberi prasarana kemudahan kepada guru, Dari Guru, Oleh Guru, Untuk Guru.  Selaras dengan slogan ini cuba kita perhatikan adakah PKG memainkan peranan sebagaimana slogannya ?  Atau tugasnya telah diambilalih oleh agensi atau jabatan lain ?
Pada hemat saya LADAP atau Latihan Dalam Perkhidmatan yang diwajibkan ke atas semua warga pendidik sepatutnya diuruskan oleh pihak PKG.  Hal demikian kerana kakitangan sememangnya terlatih dalam hal menguruskan sesuatu kursus yang rata-rata berkaitan dengan TEKNOPEN.  Malah jawatan mereka ialah Pegawai Teknologi Pendidikan.  Mereka sepatutnya yang bertindak menjalankan LADAP untuk guru-guru dalam sesuatu daerah.  Peruntukan LADAP yang kini disalurkan terus ke sekolah ada kemungkinan disalahgunakan atau LADAP tidak dilaksanakan dengan berkesan.  Ini menyebabkan hasrat kerajaan GAGAL mencapai matlamat yang dikehendaki.  Ada juga sekolah kecil yang tidak boleh menjalankan LADAP kerana tiada peruntukan kewangan.  Hal demikian menyebabkan sekolah yang bukan pusat PTJ mengalami kemunduran sumber manusia.
Pengunaan PKG sebagai penyelaras kursus LADAP akan menjadikan PKG berfungsi seperti dirancang.  Sekolah yang bukan PTJ dapat sama-sama mengikuti kursus yang dianjurkan.  Kalau kita renung kembali bagaimana kerajaan menyalurkan sebegitu banyak peruntukan kepada BTP, BTPN, PKG,dan PSS sendiri maka penggunaan yang maksimalah yang dapat menjadikan kos yang dikeluarkan menjadi lebih efisyen.

8/30/09

TUNTUTAN KE ARAH KEMERDEKAAN


Tanggal 31 Ogos 1957, negara kita telah menyambut satu peristiwa penting dalam sejarah negara iaitu Sambutan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dari cengkaman penjajahan British. Kita semua selaku anak merdeka rasa amat bersyukur lantaran perjuangan pemimpin terdahulu serta perjuangan orang Melayu serta kaum lain ke arah memerdekaan membolehkan kita hidup selesa sekarang. Keamanan dan ketenteraman yang kita warisi ini harapan kita tidak diganggugugat oleh pihak-pihak berkepentingan.


Dalam pada itu pemaparan tentang usaha ke arah kemerdekaan ini bagi pandangan saya tidak begitu tepat seperti yang digambarkan di dalam Buku Teks Sejarah Tingkatan 3. UMNO kita tidak nafikan besarnya sumbangan membawa negara ke arah kemerdekaan namun pengabaian terhadap kumpulan lain yang berjuang bermatian menentang British adalah satu penyimpangan dari fakta sejarah. PKM digambarkan sebagai parti yang cuba melumpuhkan ekonomi negara dan membentuk satu Republik Komunis di Tanah Melayu. Sebenarnya PKM ini bukan hanya dianggotai oleh orang Cina yang begitu benci kepada JEPUN tetapi ada sekumpulan orang Melayu yang mengganggotainya. Mereka ini terdiri daripada REJIMEN KE 10 PKM. Keahlian mereka terdiri daripada Parti-Parti Melayu Berhaluan Kiri seperti PETA, SEDAR, AWAS, dan BATAS. Mereka ini cukup besar sumbangannya kepada kemerdekaan Tanah Melayu. Namun sumbangan mereka ini langsung tidak disebut. Ini menyebabkan generasi baru tidak tahu fakta sebenar. Maka wujudlah generasi baru yang lupa pada jasa bangsa sendiri dalam memperjuangkan kemerdekaan Tanah Air. Maka tidak hairan jugalah sekarang ini wujud sekumpulan orang Melayu yang menentang pemerintahan orang Melayu dan sanggup bersekongkol dengan kumpulan yang terang-terang menentang hak-hak bumiputera yang kita perjuangkan.

8/26/09

SOALAN SPOT SEJARAH SPM 2009


Satu kajian dan analisa perlu aku laksanakan lepas ini iaitu membuat kajian kemungkinan sesuatu TEMA itu keluar atau tidak pada tahun ini. Perkara ini bagiku sangat penting dan aku tahu semua guru Sejarah lain pun begitu. Sebenarnya kesepakatan amat perlu terutama dari sekolah yang berdekatan. Namun begitu sempadan geografi sekarang ini dah tidak boleh dijadikan alasan lagi. Kemudahan Internet di hujung jari je. Tak tau le yang "blind to the technology".


Sejarah pada masa ini boleh dikategorikan sebagai "Subjek Killer". Apa tidaknya, pelajar perlu baca satu ruang lingkup yang luas meliputi Tingkatan 4 dan 5. Untuk tujuan peperiksaan tumpuan hanya perlu kepada beberapa TEMA yang saya akan utarakan lepas ini. Khas kepada semua pelajar SMK. Rompin dan umumnya semua pelajar calon SPM 2009. SELAMAT MENTELAAH. Semoga mendapat SHAFAAT, rahmat, hikmat dan nikmat darinya.

8/15/09

ONE MALAYSIA VS MALAYSIAN MALAYSIA

Dua gagasan atau slogan ini bertujuan untuk menarik perhatian rakyat menyokong yang mana mereka fikir lebih baik. Generasi baru yang gagal dalam subjek Sejarah eloklah baca buku sejarah sekejap dan buat renungan sejenak.
Satu Malaysia ini idea PM baru kita manakala BA menganggap ia adalah sama dengan konsep Malaysian Malaysia yang dah lama mereka perjuangkan. Perjuangan untuk menjayakan Malaysian Malaysia bermula dengan idea Lee Kuan Yew semasa PETIR terlibat dalam kempen pilihanraya semasa Singapura masih di dalam Malaysia. Saya yakin kalau semua orang Melayu tahu kandungannya tentu mereka "reject" idea ini awal-awal lagi. Sekarang ni ada ramai orang Melayu sudah menyokong Malaysian Malaysia yang diperjuang oleh DAP. Golongan ini sebenarnya tenggelam dalam emosi yang dimainkan oleh pemimpin politik.

8/1/09

GEMPAR DI PUBLIC BANK ENDAU

Tanggal 29 Julai (Rabu) selepas tamat persekolahan jam 2.30 aku terus memandu kereta menuju Public Bank Endau. Aku sering kesana kerana perkhidmatannya sangat efesyen, cepat sekali boleh berurusan. Serasa aku tak pernah aku menungu melebihi 5 minit. Tapi pada hari ini aku terlupa bahawa baju yang aku pakai adalah baju Pegawai Polis yang lengkap. Semasa nak melangkah masuk ke Bank PB baru aku perasan bahawa boleh kata semua mata dalam bank tertumpu kepada aku. Aku buat tak kisah je.. Setelah mengambil nombor kebetulannya terus nombor dipanggil. Akuterus ke kaunter dan menyerahkan borang urusan yang telah diisi lebih awal. "Eh Encik ni cikgu ke Pegawai Polis ? Tanya seorang kerani kewangan dengan nada yang ragu-ragu. Alamak macam mana dia tau aku ni cikgu ? dan kenapa mereka begitu teruja dengan Pengawai Polis ? Aku berfikir sejenak. Aku menunjukkan satu perkataan tertampal di bahagian bahu "Kedet Polis". Wa..U nampak betul-betul macam Pegawai Polis lah. Sambil memberitahu rakannya dalam bahagian kaunter. Ha.. apa lagi semua mata sekali tertumpu kepada aku. "Berapa U buat baju tu ye, saya pun nak lah" . RM500.00 dengan aksesori. " Siapa bayar ? Sendiri bayarlah aku menjawab selamba sambil memerhati semua Juruwang yang agak manis-manis juga. "U kena selalu datang supaya orang jahat takut."Rupanya mereka ni ramah juga sebenarnya. Semuanya melemparkan senyuman kepada aku. Tak tau le senyum kembing ke senyum kagum kepada PAKAIAN yang aku pakai. Lepas ini kalau pakai baju KEDET POLIS jangan singgah mana-mana tau. Aku memberitahu aku sendiri.

7/29/09

PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH PMR 09

Alhamdullilah, minggu ini maka selesailah kerja kawe sebagai Ketua Pentaksir Kawasan untuk mata pelajaran Sejarah tingkatan 3. Aku telah melawat beberapa buah sekolah termasuklah SMK Tekek Tioman, SMA Bukit Ibam, SMK Perantau Damai, SMK Tanjung Gemok dan SMK Selendang. Hasil daripada penelitian terhadap kerja kursus yang dilaksanakan di sekolah serta penataran yang dilakukan oleh pentaksir sekolah, maka adalah jelas beberapa perkara telah berlaku di sekolah tersebut :

1. Kerja kursus dilaksanakan memgikut perancangan tetapi mereka mengabaikan PANDUAN
PELAKSANAAN KERJA KURSUS yang dibekalkan oleh Lembaga Peperiksaan.

2. Penilaian dilakukan pada akhir Julai dimana sepatutnya ia dibuat secara sedikit demi sedikit
mengikut elemen.

3. Terdapat guru yang samada membenarkan pelajar meniru SEBIJIK kerja pelajar lain.

4. Ada juga kedapatan pelajar meniru bahan dari internet SEBIJIK. Cetak dan tak payah taip.

5. Terdapat selisih yang agak ketara bagi sesetengah sekolah terutama guru baru yang sering
bertukar.

Pada tahun 2012 markah kerja kursus ini akan dimasukkan ke dalam peperiksaan bertulis PMR, jadi semacam akan berlaku ketidakadilan pada pelajar terutama kriteria penilaian yang gagal dipatuhi oleh pentaksir sekolah. Alamak bini ajakn minum pulak ...berhenti dulu...

7/26/09

PERKHIDMATAN FOTOSTAT

Dengan ini dimaklumkan kepada semua warga pendidik serta penghuni sekitar Rompin Pantai bahawa PERKHIDMATAN FOTOSTAT kini dibuka untuk memberi perkhidmatan cetakan soalan, modul latihan, dan lain lain bahan secara pukal pada kadar harga RM0.035 sen setiap muka surat (A4) . Perkhidmatan ini sebenarnya telah lama beroperasi cuma tidak diiklankan. Bagi sekolah yang ingin mencetak soalan atau modul boleh hubungi saya di blog saya ( http://hashimme.blogspot.com) . Pastinya harga ditawarkan ini tiada tandingan. Tak caya cuba survey tengok. Dengan cetakan bermutu dan jelas.