10/11/14

PENGINAPAN DI KUALA ROMPIN PAHANG : HOMESTAY ALHANA 2

HOMESTAY ALHANA 2 TERLETAK  DI NO 4, JALAN DAHLIA 3, TAMAN DAHLIA, 26800 KUALA ROMPIN.    Untuk ke Masjid Besar Rompin hanya berjalan kaki dalam 5 minit sahaja.  Dengan 3 BILIK BERHAWA DINGIN serta kemudahan lain pada harga RM180/ SAHAJA.  Cukup berbaloi berbanding hotel budget yang lain.
HUBUNGI :  0139068039 EN HASHIMME, 0139995302 PN. ROSE
 RUANG TAMU DAN SET SOFA
 RUANG TAMU
 BILIK TIDUR
DAPUR DI ALHANA 1

SELAMAT DATANG KE HOMESTAY ALHANA,,,,


HOMESTAY DI KUALA ROMPIN

Homestay ALHANA telah melancarkan sebuah lagi rumah inapan dikenali sebagai HOMESTAY ALHANA2  Kedudukannya yang hanya di belakang Masjid Besar Daerah Rompin memudahkan semua pelanggan mencari walaupun pada waktu malam.

Beralamatkan No 4, Jalan Dahlia 3, Tamana Dahlia, 26800 KUALA ROMPIN, rumah inapan ini mempunyai 3 bilik yang dilengkapi pendingin hawa, TV Plasma 42 inci, ASTRO , dapur masak, peti ais dan mesin basuh, peralatan dapur yang lain dan sterika.  Setiap bilik akan disediakan tuala dan sabun mandian.

Kepada yang berminat menggunakan kemudahan yang kami sediakan ini boleh menghubungi 0139068039 ( Cikgu Hashimme ) atau 0139995302 ( Pn. Rose ).  Perkhidmatan lain yang boleh disediakan adalah seperti berikut :

1.  Tempahan peralatan untuk BBQ
2.  Bahan untuk BBQ yang siap diperap spt Ikan, Udang, Ketam dll ( jika ada di pasaran)
3.  Jagung jika musim bersesuaian )
4.  Khidmat bantuan untuk sewaan bot memancing UDANG GALAH. di Sungai Rompin.
5.  Menyediakan makanan bermasak mengikut tempahan ( jika berkaitan )
6.  Perkhidmatan TV Internet ( ASTRO FULL ACCESS ) dan WIFI ( Jika berkenaan)

8/22/11

OPERASI PIKAT WALIT

Setelah 6 bulan banglow walit dibuka hanya 1 sarang berjaya dibina oleh penghuninya.  Adakah mereka ini mulai malas buat sarang ? Atau datang nak bertelur pada sarang tiruan tu ?  Bagi pemilik bangloo burung walit sudah tentu banyak jawapan yang boleh diberi namun pada hemat saya perkara yang perlu diperbetulkan ialah seperti berikut :

1.  Pastikan suhu dan kelembapan sesuai
2.  Jangan bermimpi burung nak buat penempatan jika persekitaran masih berbau simen @ berdebu.
2.  Jangan buka bunyi dan terus tinggalkan tanpa pengawasan.

Itu je tips untuk kali ini....  sekian sahaja terima kasih

3/16/11

INDUSTRI BURUNG WALIT


SUP SARANG BURUNG
Alhamdullillah berkat usaha dan kerjasama rakan rakan maka siaplah sebuah bangloo untuk burung-burung yang berterbangan di awan sana.  Lantaran kesian menengok mereka tiada tempat menginap maka aku dan rakan sepakat membantu mereka untuk membantu kami juga sebenarnya.  Sehubungan dengan itu, tercetus juga dimindaku untuk berkongsi pendapat dan ilmu berkaitan dengan industri ini.  Aku bercadang memaparkan semua gambar proses pembinaan (luar dan dalam) guna untuk membantu mereka yang berminat membantu burung walit supaya burung walit membantu mereka pula. 

Setelah 5 hari beroperasi kelihatannya  amcam ada unggas itu masuk untuk menginap secara percuma.  Tapi pada peringkat ini mereka belum lagi berteman.  Kita harap lekaslah mereka mencari pasangan dan bawa masuk dan buat sarang.  Itu baru tolong menolong katakan.   Alhamdullillah sudah ada kesan mereka menghuni di bangloo itu.  Adakah kemungkinan bangloo baru akan terbina sebelahnya ??  Kita tunggu dan lihat. 

Akhir sekali kepada semua yang berminat dengan burung walit, nantikan gambar bersiri proses pembinaan Asrama burung walit...... wassalam

9/6/10

BERAYA BERSAMA GURU SEJARAH

Assalamualaikum.... Kepada semua pelajar Tingkatan 5 yang masih berada di Rompin sukacita dimaklumkan bahawa Program Beraya Bersama Sejarah akan diadakan pada masa cuti ni .  Maklumat lanjut sila hubungi Nor Syahirah Ahmad Rahman (5A).  Selepas raya juga boleh diadakan kelas sebelum sekolah buka semula.  Bersedia untuk Percubaan SPM khususnya subjek Sejarah yang memang bersejarah.

5/12/10

PENGAJARAN BERPUSATKAN PELAJAR

Tajuk ini sememangnya tidak asing lagi kepada kalangan guru-guru yang dah lama berkhidmat dalam dunia pendidikan.  Guru dalam kes ini bertindak sebagai pemudah cara manakala pelajar belajar mencari maklumat secara samada individu atau berkumpulan.  Hasilnya dibentangkan dan guru bertindak membuat penegasan kepada hasil pembelajaran tadi.  Namun demikian hasil pemerhatian dan pelaksanaan kaedah tadi, ianya seolah-olah hanya sedap didengar.  Ia baik dilaksanakan di kelas pelajar cemerlang.  Pelaksanaan di kelas pelajar sederhana dan potensi agak kurang memberangsangkan.  Kaedah masih boleh dilaksanakan tetapi guru berhadapan dengan masalah kekangan masa untuk menghabiskan sukatan pelajaran.  Bagaimana cara terbaik nak aplikasi studen centrik ini ?

4/15/10

SLEEPING PETTERN

Diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu bermaksud "corak tidur ".  Lawak juga tu...  Sesiapa yang ada maklumat boleh berkongsi....

4/1/10

SESAT DIHUJUNG JALAN KEMBALI KE PANGKAL JALAN

Alkisah maka tersebutlah kisah hijrah yang dilakukan oleh Pusat Sumber Sekolah SMK. Rompin pada awal tahun 2009 telah gagal membawa perubahan kearah yang lebih BAIK.  Hal demikian berlaku kerana semua warga sekolah berpendapat lokasi di TINGKAT 3 memang tidak sesuai.  Namun kita semua tahu bahawa niat HIJRAH pada peringkat awalnya memang BAIK.  Namun pengisian kepada agenda menjayakan misi hijrah gagal dilaksanakan dengan berkesan oleh warga SMK.Rompin.  Menurut sumber rasmi, hanya 4 orang guru sahaja yang pernah membawa pelajar untuk menjayakan PROGRAM NILAM di sana sedangkan jadualnya PENUH.  Siapakah yang bersalah ?  Salah buat keputusan ke? atau cikgu yang tidak mahu ikut JADUAL yang disediakan.  Namun semua permasalahan itu akan terungkai pada tahun ini.

Kedatangan pengetua baru seolah memberi sinar kepada usaha Pusat Sumber menjadi pusat kepada segala aktiviti pembelajaran.  Mengikut pendapat Tuan Haji Mohamed Saballah, beliau mahukan sebuah pusat sumber yang dikunjungi pelajar dan guru.  Kalau cantik / sistematik tetapi tiada pengunjung nak buat apa...  Begitulah antara perbualan saya dengannya.  Saya bersyukur kerana kesilapan lalu ada yang sanggup perbetulkan.  Semoga keputusan yang bakal dibuat PALING TEPAT.  Yang pasti HIJRAH KE DUA ke tempat yang lebih STRATEGIK.  HIDUP PSS SMK. ROMPIN.  Pusat Sumber Sekolah Kita, Tanggungjawab Kita".

12/27/09

PENYELENGGARAAN BLOG


Sukacita dimaklumkan bahawa saya sedang membuat beberapa perubahan terhadap blog sempena menyambut tahun baru 2010.  Bukannya apa.  Kalau ada kawan-kawan bertandang adalah juga kelainan.  Asyik serupa je dah setahun.  Disamping tu kepada semua kawan-kawan blogger yang lama dan baru.... SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU....  Semoga lebih bersemangat pada tahun ini.

11/12/09

PENGURUSAN BAHAN P&P SECARA BERPUSAT

Apakah yang dimaksudkan dengan pengurusan bahan secara berpusat ?  Sudahkah semua sekolah melaksanakannya atau ia hanya retorik yang hanya sedap didengar ?  Di sini saya nak berkongsi sedikit pengalaman berkaitan dengan pengurusan bahan P&P di sekolah.  Pada hemat saya, pengurusan bahan P&P secara berpusat tidak begitu dilaksanakan di sekolah-sekolah baik sekolah rendah maupun sekolah Menengah.  Kepada yang melaksanakannya memang saya TABIK dan KAGUM.  Bahan yang saya maksudkan bukan hanya bahan buku dan bukan buku yang dibeli dari peruntukan PCG PSS tetapi juga PCG untuk semua panitia mata pelajaran.  Penggunaan peruntukan kewangan untuk panitia yang seharusnya untuk membeli bahan P&P perlu dipusatkan.  KP boleh buat pembelian namun apabila bahan sampai pihak GPM (PSS) perlu memproses bahan tersebut dengan memberikannya NO.PEROLEHAN.  Setelah direkodkan barulah bahan itu diserah kepada KP yang berkenaan untuk direkodkan pada stokm panitia masing.masing.   Kaedah pengurusan bahan berpusat akan membolehkan semua dana yang diperuntukkan dapat dimanafaatkan secara maksima, dikongsi bersama.  Agak malang kalau ada KP yang langsung tak tahu konsep pengurusan bahan ini.  Pemusatan maklumat berkaitan bahan yang dimiliki akan membolehkan proses automasi dilaksanakan dengan berkesan.  Maklumat tentang jenis bahan yang dimiliki juga mudag diperolehi.  Di SMK Rompin sendiri saya sebagai GPM menghadapi masalah berkaitan pembelian bahan oleh panitia.  Ianya tidak berlaku seperti yang dirancang.  Peranan pihak pentadbiaran sangat perlu dalam memantau bagaimana bahan yang dibeli ini diurus.  Bagi membentuk sebuah PSS yang cemerlang, pengurusan bahan P&P perlulah sistematik, terkawal dan berpusat.  Dengan ini semua warga pendidik dapat berkongsi manafaatnya.

      Pemusatan bahan P&P bukan tertakluk kepada bahan bercetak sahaja sebaliknya
semua HARDWARE dan SOFTWARE. 

KENAIKAN PPPLD DARI DG41 KE DG 44


TERIMA KASIH CIKGU....


Assalamualaikum wm.wbt.  Setelah puas menunggu surat lantikan DG44 setelah ke 12 dalam DG41 minggu lepas aku mendapatnya.  Terima kasih kepada semua khususnya kepada kerani yang begitu gigih menjalankan tugas sehingga memungkinkan aku mendapat surat DG44.  Namun demikian ada sedikit kekeliruan dalam penentuan tarikh lantikan ke DG44.  Bagi PPPLD yang dilantik ke DG41 pada tahun 1998 hingga 2000 tarikh lantikannya pada tahun 2009.  Alhamdullillah aku mendapat lantikan pada 1.4.2008....Selamat.  Tetapi kenapa 10 tahun dalam PPPLD tidak dikira 3 tahun PPPLD= 1 tahun DG41? Atau perkara ini hanya diambil kira untuk DG44 ke DG48 ?  Guru guru baru yang masuk DG41 hanya memerlukan 7 + 3 untuk ke DG44.  Mereka ini dah jadi senior kepada sebahagian guru yang lebih lama berkhidmat.  Kalau ada para sahabat yang arif tentang perkara ini diharap dapat memberi fitback untuk tindakan selanjutnya.  Apa pun aku tetap bersyukur dengan apa yang dilimpahinya.

11/2/09

PELANCARAN KEM MEMBACA 1 MALAYSIA PERINGKAT DAERAH ROMPIN

Pada hari ini, 2 November 2009, bertempat di Dewan Semarak SMK. Rompin telah berlangsung Majlis Pelancaran Kem membaca 1 Malaysia. Majlis ini dirasmikan oleh Pn Hajjah Fatimah Bt Awang, Pegawai Pelajaran Daerah Rompin.
Tn Haji Alias, Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah yang mewakili PPD Rompin berharap program membaca sebegini dapat diteruskan bagi membentuk BUDAYA MEMBADA dalam kalangan pelajar. Majlis diserikan dengan persembahan DEKLAMASI SAJAK, PERSEMBAHAN KOIR serta PENTOMIN. Bersama di dalam majlis ini ialah wakil dari sekolah di daerah Rompin seperti MRSM Muadzam Shah, SMK. Chanis, SMK. Bantura, SMK Keratong, SMK Seri Rompin, SMK Pontian jaya, SMK Tanjung Gemuk,SK. Rompin, SK Pontian serta SMK. Muadzam Shah. Kedatangan para pelajar beserta guru mereka telah berjaya memeriahkan majlis tersebut.

10/22/09

PANDUAN BELAJAR SEJARAH SPM 2009


MEMBACA MESTI DISERTAKAN DENGAN MEMBUAT CATATAN
KAITKAN FAKTA DAN SUSUNGALURKKAN PERISTIWA SEJARAH....

ITULAH KUNCI KEPADA P&P  SEJARAH


SPM 2009 hampir menjelang.  Semua sekolah sarat dengan program mengisi ruang kosong dalam minda pelajar masing-masing.  Namun demikian terdapat sebilangan pelajar kategori POTENSI masih leka manakala kumpulan SEDERHANA masih mencari-cari rentak meletakkan diri pada landasan yang memungkin mereka berjaya.  Bagi subjek sejarah, saya nak ingatkan para pelajar bahawa ia merupakan subjek killer baru ketika ini.  Lantara itu satu kajian skop soalan yang bakal keluar telah saya laksanakan dengan melihat trend soalan dari tahun 2004.  Antara BAB yang perlu anda semua tekankan adalah seperti berikut :

TINGKATAN 4
BAB 1  :  Tamadun Hwang Ho / Tamadun Indus
BAB 3  :  Kerajaan Agraria :  Ciri - ciri dan kegiatan ekonomi
BAB 4  :  Riwayat Nabi :  Keperibadian dan kerasulan Baginda
                Sebab penerimaan dan penentangan orang Quraisy terhadap Islam.
                Cara penentangan orang arab Quraisy
                Cara Nabi menghadapi tentangan.
BAB 5  :  Konsep Hijrah :  Nilai-nilai murni / Kepentingan Hijrah
                Perjanjian Aqabah 1 & 2 serta kepentingan
                Perjanjian Hudaibiyah serta peristiwa ke arahnya
                Pembukaan semula Kota Makkah serta yang berkaitan dengannya.

BAB 6  :  Perlantikan Khalifah Al-Rasyidin
                Syarat menjadi Khalifah dan Cara lantikan khalifah.
                Khalifah Abu Bakar sebagai Penyelamat Ummah, Kenapa ?
                Kerajaan Bani Umaiyah dan Othamaniah serta sumbangannya.

BAB 7     Teori dan bukti kedatangan Islam ke Nusantara
BAB 8  :  Pengaruh Islam di T. Melayu : Pentadbiran (Politik)
BAB 10:  Undang -undang berkaitan dengan tanah di T. Melayu sebelum / Selepas kedatangan  
                Penjajah.
                Dasar British terhadap pekebun kecil.
                Kesan Dasar Ekonomi British.

TINGKATAN LIMA ...... AKAN MENYUSUL KEMUDIAN ....

'PANDUAN INI DIHARAPKAN  DAPAT MEMBANTU PELAJAR MEMBERI TUMPUAN KEPADA SKOP / TAJUK  SEMASA MENGULANGKAJI.  Jangan bazirkan masa anda dengan membaca tajuk yang telah keluar dalam peperiksaan SPM 2007 DAN 2008 yang lalu "

10/15/09

BAGAIMANA MEMBENTUK BUDAYA KECEMERLANGAN DI SEKOLAH



Terlebih dahulu tahniah kepada semua pentadbir, guru-guru serta staf sokongan sekolah masing2 kerana berjaya meletakkan tahap sekolah masing-masing di tahap sekarang.  Tentunya ada yang boleh dibanggakan biarpun ada aspek yang terabai.  Dalam ruang ringkas ini mungkin kita boleh berkongsi tentang apa yang berlaku di sekolah yang mungkin membantutkan usaha kearah kecemerlangan.  Kita tidak mahu bincangkan hal / program atas kertas yang membawa kecemerlangan tetapi hakikat yang berlaku di sekolah.

1.  Hubungan baik pentadbir dengan semua kakitangan.  Semua sifat serta ciri kepimpinan perlu ada dalam menguruskan hubungan dengan kakitangan lain.  Pastikan mereka selesa dengan hubungan itu.

2.  Sifat semulajadi manusia suka kepada pujian.  Ha...  apa salahnya jika ada pentadbir yang memuji anak buah tentang apa yang dilaksanakannya.  Dasar pintu terbuka perlu diamalkan senentiasa.

3.  Bersikap ambil tahu.  Sebagai pentadbir semua unit / bahagian / aspek yang berkaitan perlu diambil tahu.  Ianya tidak cukup sekadar menunggu laporan semata-mata.  Sikap ini akan memberi rasa ingin buat yang terbaik dalam kalangan anak buah.

4.  Membawa perubahan ke arah yang lebih baik.  Setiap keputusan yang dibuat mestilah menguntungkan.  Ini kerana ia melibatkan kos yang telah dikeluarkan maupun yang bakal dikeluarkan.  Konsep menambahbaik perlu diamalkan bukannya menggantikan apa yang telah siap.

5.  Dasar yang jelas dalam setiap aspek.  Jika kita ambil contoh dalam bidang ICT.  Pernahkah dasar dalam bidang ICT ini dimaktubkan dalam apa-apa mesyuarat di sekolah ?  Hasilnya peralatan yang dibekalkan kerajaan berabuk di dalam setor.  ( Tidak termasuk Laptop)  Pada pendapat saya seandainya dasar telah ditetapkan ada kemungkinan ia akan lebih terurus.

Semua permasalahan ini baru diperingkat kulit dan belum dikupas.  Ia juga hanya melibatkan aspek hubungan guru dengan pentadbir sahaja.  Kawan-kawan kita yang buat sarjana tu harap-harap buatlah kajian kes serta cara mentadbir yang komprehensif tetapi bukan teori semata.  Mudah-mudahan dapat kita laksanakan dan jadikan panduan. Kita ada macam2 jenis sekolah.  Pilihlah sekolah harian biasa sebab sekolah ini memang ada kes yang perlu dikaji.

10/1/09

KESIBUKAN SELEPAS CUTI RAYA.

Pejam celik pejam celik dah tiba musim peperiksaan.  PMR dan SPM semua menghampiri dengan begitu cepat ku rasakan tapi bukan guna RON 95 tu.  Kesibukan ini juga menyebabkan aku tidak begitu ada masa untuk menuli dan membaca blog rakan -rakan namun jauh di sudut hati kalaulah kat umah aku tu dapat kemudahan 3G dapatlah aku berhari raya bergembira seperti insan yang lain.  Internet guna GPRS terlalu lambat membuatkan aku tidak pernah berinternet dari rumah hampir berbulan-bulan lamanya.  Macam mana nak selesaikan masalah ni?  Nak kena pindah ke Rompin ke? Kacau betul !  Semacam tak adil lah pula orang lain dapat internet laju.  Aku sebaliknya.   Ini luahan perasaan yang sudah lama dipendam ....

9/24/09

SELAMAT PERGI DAN SELAMAT KEMBALI


Aidil fitri pun berlalu meninggalkan saki-baki bulan syawal yang mungkin boleh kita sama sama raikannya bersama kawan-kawan setelah masing2 pulang dari beraya di kampung.  Perjalanan pulang kami sekeluarga dari Kelantan ke Rompin berjalan lancar dan tiada kejadian cemas yang dialami.  Cuma ingatan ku terhadap 2 kemalangan di Rompin tempoh hari masih menghantui.  Kemalangan yang mengorbankan nyawa itu baru saja berlaku bila kami melintasi jalan dari Rompin ke Kuantan pada hari Khamis sebelum sekolah cuti.  Malang tidak berbau.  Kita mungkin menganggap kemalangan tidak boleh berlaku kepada kita kerana kita berhati2.  Pandangan ini mungkin ketinggalan kerana ada segelintir pemandu seperti dikejar hantu.  Memotong Q, Pandu dengan cara berbahaya, tidak patuh peraturan dan macam2 lagi.  Ini semua menyebabkan kita pun turut nak marah.  Ha...ingat jangan jadi seperti mereka. kerana apa?  Kitakan CIKGU.  Pandulah dengan cermat.  Selamat kembali ke destinasi masing2.

9/3/09

PUSAT KEGIATAN GURU DAN LADAP

Mengikut sumber yang sah bahawa pembinaan PKG di setiap daerah di seluruh negara di Malaysia menelan belanja melebihi RM500,00.00 .  Agensi yang paling hampir dengan PKG ialah BTP, PSPN (BTPN).  Umumnya tujuan pembinaan PKG yang menelan begitu banyak belanja adalah untuk memberi prasarana kemudahan kepada guru, Dari Guru, Oleh Guru, Untuk Guru.  Selaras dengan slogan ini cuba kita perhatikan adakah PKG memainkan peranan sebagaimana slogannya ?  Atau tugasnya telah diambilalih oleh agensi atau jabatan lain ?
Pada hemat saya LADAP atau Latihan Dalam Perkhidmatan yang diwajibkan ke atas semua warga pendidik sepatutnya diuruskan oleh pihak PKG.  Hal demikian kerana kakitangan sememangnya terlatih dalam hal menguruskan sesuatu kursus yang rata-rata berkaitan dengan TEKNOPEN.  Malah jawatan mereka ialah Pegawai Teknologi Pendidikan.  Mereka sepatutnya yang bertindak menjalankan LADAP untuk guru-guru dalam sesuatu daerah.  Peruntukan LADAP yang kini disalurkan terus ke sekolah ada kemungkinan disalahgunakan atau LADAP tidak dilaksanakan dengan berkesan.  Ini menyebabkan hasrat kerajaan GAGAL mencapai matlamat yang dikehendaki.  Ada juga sekolah kecil yang tidak boleh menjalankan LADAP kerana tiada peruntukan kewangan.  Hal demikian menyebabkan sekolah yang bukan pusat PTJ mengalami kemunduran sumber manusia.
Pengunaan PKG sebagai penyelaras kursus LADAP akan menjadikan PKG berfungsi seperti dirancang.  Sekolah yang bukan PTJ dapat sama-sama mengikuti kursus yang dianjurkan.  Kalau kita renung kembali bagaimana kerajaan menyalurkan sebegitu banyak peruntukan kepada BTP, BTPN, PKG,dan PSS sendiri maka penggunaan yang maksimalah yang dapat menjadikan kos yang dikeluarkan menjadi lebih efisyen.

8/30/09

TUNTUTAN KE ARAH KEMERDEKAAN


Tanggal 31 Ogos 1957, negara kita telah menyambut satu peristiwa penting dalam sejarah negara iaitu Sambutan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dari cengkaman penjajahan British. Kita semua selaku anak merdeka rasa amat bersyukur lantaran perjuangan pemimpin terdahulu serta perjuangan orang Melayu serta kaum lain ke arah memerdekaan membolehkan kita hidup selesa sekarang. Keamanan dan ketenteraman yang kita warisi ini harapan kita tidak diganggugugat oleh pihak-pihak berkepentingan.


Dalam pada itu pemaparan tentang usaha ke arah kemerdekaan ini bagi pandangan saya tidak begitu tepat seperti yang digambarkan di dalam Buku Teks Sejarah Tingkatan 3. UMNO kita tidak nafikan besarnya sumbangan membawa negara ke arah kemerdekaan namun pengabaian terhadap kumpulan lain yang berjuang bermatian menentang British adalah satu penyimpangan dari fakta sejarah. PKM digambarkan sebagai parti yang cuba melumpuhkan ekonomi negara dan membentuk satu Republik Komunis di Tanah Melayu. Sebenarnya PKM ini bukan hanya dianggotai oleh orang Cina yang begitu benci kepada JEPUN tetapi ada sekumpulan orang Melayu yang mengganggotainya. Mereka ini terdiri daripada REJIMEN KE 10 PKM. Keahlian mereka terdiri daripada Parti-Parti Melayu Berhaluan Kiri seperti PETA, SEDAR, AWAS, dan BATAS. Mereka ini cukup besar sumbangannya kepada kemerdekaan Tanah Melayu. Namun sumbangan mereka ini langsung tidak disebut. Ini menyebabkan generasi baru tidak tahu fakta sebenar. Maka wujudlah generasi baru yang lupa pada jasa bangsa sendiri dalam memperjuangkan kemerdekaan Tanah Air. Maka tidak hairan jugalah sekarang ini wujud sekumpulan orang Melayu yang menentang pemerintahan orang Melayu dan sanggup bersekongkol dengan kumpulan yang terang-terang menentang hak-hak bumiputera yang kita perjuangkan.