10/1/09

KESIBUKAN SELEPAS CUTI RAYA.

Pejam celik pejam celik dah tiba musim peperiksaan.  PMR dan SPM semua menghampiri dengan begitu cepat ku rasakan tapi bukan guna RON 95 tu.  Kesibukan ini juga menyebabkan aku tidak begitu ada masa untuk menuli dan membaca blog rakan -rakan namun jauh di sudut hati kalaulah kat umah aku tu dapat kemudahan 3G dapatlah aku berhari raya bergembira seperti insan yang lain.  Internet guna GPRS terlalu lambat membuatkan aku tidak pernah berinternet dari rumah hampir berbulan-bulan lamanya.  Macam mana nak selesaikan masalah ni?  Nak kena pindah ke Rompin ke? Kacau betul !  Semacam tak adil lah pula orang lain dapat internet laju.  Aku sebaliknya.   Ini luahan perasaan yang sudah lama dipendam ....

9/24/09

SELAMAT PERGI DAN SELAMAT KEMBALI


Aidil fitri pun berlalu meninggalkan saki-baki bulan syawal yang mungkin boleh kita sama sama raikannya bersama kawan-kawan setelah masing2 pulang dari beraya di kampung.  Perjalanan pulang kami sekeluarga dari Kelantan ke Rompin berjalan lancar dan tiada kejadian cemas yang dialami.  Cuma ingatan ku terhadap 2 kemalangan di Rompin tempoh hari masih menghantui.  Kemalangan yang mengorbankan nyawa itu baru saja berlaku bila kami melintasi jalan dari Rompin ke Kuantan pada hari Khamis sebelum sekolah cuti.  Malang tidak berbau.  Kita mungkin menganggap kemalangan tidak boleh berlaku kepada kita kerana kita berhati2.  Pandangan ini mungkin ketinggalan kerana ada segelintir pemandu seperti dikejar hantu.  Memotong Q, Pandu dengan cara berbahaya, tidak patuh peraturan dan macam2 lagi.  Ini semua menyebabkan kita pun turut nak marah.  Ha...ingat jangan jadi seperti mereka. kerana apa?  Kitakan CIKGU.  Pandulah dengan cermat.  Selamat kembali ke destinasi masing2.

9/3/09

PUSAT KEGIATAN GURU DAN LADAP

Mengikut sumber yang sah bahawa pembinaan PKG di setiap daerah di seluruh negara di Malaysia menelan belanja melebihi RM500,00.00 .  Agensi yang paling hampir dengan PKG ialah BTP, PSPN (BTPN).  Umumnya tujuan pembinaan PKG yang menelan begitu banyak belanja adalah untuk memberi prasarana kemudahan kepada guru, Dari Guru, Oleh Guru, Untuk Guru.  Selaras dengan slogan ini cuba kita perhatikan adakah PKG memainkan peranan sebagaimana slogannya ?  Atau tugasnya telah diambilalih oleh agensi atau jabatan lain ?
Pada hemat saya LADAP atau Latihan Dalam Perkhidmatan yang diwajibkan ke atas semua warga pendidik sepatutnya diuruskan oleh pihak PKG.  Hal demikian kerana kakitangan sememangnya terlatih dalam hal menguruskan sesuatu kursus yang rata-rata berkaitan dengan TEKNOPEN.  Malah jawatan mereka ialah Pegawai Teknologi Pendidikan.  Mereka sepatutnya yang bertindak menjalankan LADAP untuk guru-guru dalam sesuatu daerah.  Peruntukan LADAP yang kini disalurkan terus ke sekolah ada kemungkinan disalahgunakan atau LADAP tidak dilaksanakan dengan berkesan.  Ini menyebabkan hasrat kerajaan GAGAL mencapai matlamat yang dikehendaki.  Ada juga sekolah kecil yang tidak boleh menjalankan LADAP kerana tiada peruntukan kewangan.  Hal demikian menyebabkan sekolah yang bukan pusat PTJ mengalami kemunduran sumber manusia.
Pengunaan PKG sebagai penyelaras kursus LADAP akan menjadikan PKG berfungsi seperti dirancang.  Sekolah yang bukan PTJ dapat sama-sama mengikuti kursus yang dianjurkan.  Kalau kita renung kembali bagaimana kerajaan menyalurkan sebegitu banyak peruntukan kepada BTP, BTPN, PKG,dan PSS sendiri maka penggunaan yang maksimalah yang dapat menjadikan kos yang dikeluarkan menjadi lebih efisyen.

8/30/09

TUNTUTAN KE ARAH KEMERDEKAAN


Tanggal 31 Ogos 1957, negara kita telah menyambut satu peristiwa penting dalam sejarah negara iaitu Sambutan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dari cengkaman penjajahan British. Kita semua selaku anak merdeka rasa amat bersyukur lantaran perjuangan pemimpin terdahulu serta perjuangan orang Melayu serta kaum lain ke arah memerdekaan membolehkan kita hidup selesa sekarang. Keamanan dan ketenteraman yang kita warisi ini harapan kita tidak diganggugugat oleh pihak-pihak berkepentingan.


Dalam pada itu pemaparan tentang usaha ke arah kemerdekaan ini bagi pandangan saya tidak begitu tepat seperti yang digambarkan di dalam Buku Teks Sejarah Tingkatan 3. UMNO kita tidak nafikan besarnya sumbangan membawa negara ke arah kemerdekaan namun pengabaian terhadap kumpulan lain yang berjuang bermatian menentang British adalah satu penyimpangan dari fakta sejarah. PKM digambarkan sebagai parti yang cuba melumpuhkan ekonomi negara dan membentuk satu Republik Komunis di Tanah Melayu. Sebenarnya PKM ini bukan hanya dianggotai oleh orang Cina yang begitu benci kepada JEPUN tetapi ada sekumpulan orang Melayu yang mengganggotainya. Mereka ini terdiri daripada REJIMEN KE 10 PKM. Keahlian mereka terdiri daripada Parti-Parti Melayu Berhaluan Kiri seperti PETA, SEDAR, AWAS, dan BATAS. Mereka ini cukup besar sumbangannya kepada kemerdekaan Tanah Melayu. Namun sumbangan mereka ini langsung tidak disebut. Ini menyebabkan generasi baru tidak tahu fakta sebenar. Maka wujudlah generasi baru yang lupa pada jasa bangsa sendiri dalam memperjuangkan kemerdekaan Tanah Air. Maka tidak hairan jugalah sekarang ini wujud sekumpulan orang Melayu yang menentang pemerintahan orang Melayu dan sanggup bersekongkol dengan kumpulan yang terang-terang menentang hak-hak bumiputera yang kita perjuangkan.

8/26/09

SOALAN SPOT SEJARAH SPM 2009


Satu kajian dan analisa perlu aku laksanakan lepas ini iaitu membuat kajian kemungkinan sesuatu TEMA itu keluar atau tidak pada tahun ini. Perkara ini bagiku sangat penting dan aku tahu semua guru Sejarah lain pun begitu. Sebenarnya kesepakatan amat perlu terutama dari sekolah yang berdekatan. Namun begitu sempadan geografi sekarang ini dah tidak boleh dijadikan alasan lagi. Kemudahan Internet di hujung jari je. Tak tau le yang "blind to the technology".


Sejarah pada masa ini boleh dikategorikan sebagai "Subjek Killer". Apa tidaknya, pelajar perlu baca satu ruang lingkup yang luas meliputi Tingkatan 4 dan 5. Untuk tujuan peperiksaan tumpuan hanya perlu kepada beberapa TEMA yang saya akan utarakan lepas ini. Khas kepada semua pelajar SMK. Rompin dan umumnya semua pelajar calon SPM 2009. SELAMAT MENTELAAH. Semoga mendapat SHAFAAT, rahmat, hikmat dan nikmat darinya.

8/15/09

ONE MALAYSIA VS MALAYSIAN MALAYSIA

Dua gagasan atau slogan ini bertujuan untuk menarik perhatian rakyat menyokong yang mana mereka fikir lebih baik. Generasi baru yang gagal dalam subjek Sejarah eloklah baca buku sejarah sekejap dan buat renungan sejenak.
Satu Malaysia ini idea PM baru kita manakala BA menganggap ia adalah sama dengan konsep Malaysian Malaysia yang dah lama mereka perjuangkan. Perjuangan untuk menjayakan Malaysian Malaysia bermula dengan idea Lee Kuan Yew semasa PETIR terlibat dalam kempen pilihanraya semasa Singapura masih di dalam Malaysia. Saya yakin kalau semua orang Melayu tahu kandungannya tentu mereka "reject" idea ini awal-awal lagi. Sekarang ni ada ramai orang Melayu sudah menyokong Malaysian Malaysia yang diperjuang oleh DAP. Golongan ini sebenarnya tenggelam dalam emosi yang dimainkan oleh pemimpin politik.